ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini memerintahkan tiga pemilik syarikat masing-masing membayar denda RM50,000 selepas mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu.
Tertuduh Mohamad Asri Sapar, 48, Roslan Jaafar, 52, dan Mohamad Shamsul Aizat Mohd Salleh, 31, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.
Mahkamah turut memerintahkan supaya kesemua tertuduh yang dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Namun seorang lagi tertuduh, Zamri Mohamad, 53, yang turut didakwa di bawah seksyen sama bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selepas hakim menetapkan 26 September ini sebagai tarikh serahan dokumen.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Asri didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun Maybank Islamik Syarikat Itifaq Venture (M) Sdn Bhd bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender tersebut.
Roslan pula dituduh menggunakan penyata akaun Maybank Syarikat D Hujung Enterprise bagi bulan Oktober hingga Disember 2018, manakala Mohamad Shamsul Aizat didakwa menggunakan penyata akaun CIMB atas nama Exeliq Trading and Engineering Sdn Bhd bagi tempoh sama.
Mohamad Asri dan Mohamad Shamsul Aizat didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Idaman Sdn Bhd masing-masing pada 14 Januari 2019 dan 17 Januari 2019, sementara Roslan turut melakukan kesalahan antara 11 Februari hingga 5 Mac di lokasi dan tahun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin, manakala ketiga-tiga tertuduh terbabit tidak diwakili peguam.
Zamri yang diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dituduh menggunakan penyata akaun Maybank milik NSZ Arked Entreprise yang palsu bagi memperolehi tender di Wisma Idaman, pada 22 Februari 2019.
Harmi Thamri sebelum menjatuhkan hukuman kepada ketiga-tiga tertuduh yang mengaku bersalah, mengingatkan mereka supaya tidak mengulangi perbuatan itu dan mendapatkan sesuatu tender mengikut cara yang betul.
Keempat-empat tertuduh membayar denda yang dikenakan termasuk wang jaminan terhadap Zamri.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Aug 29 2022
Tiga pemilik syarikat mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Guru besar, kontraktor didakwa tuntut bayaran guna dokumen palsu
Seorang guru besar di Pitas berhadapan lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran.
Pemilik syarikat didenda RM14,000 kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana).
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
Pemilik syarikat, pekerja didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif Penjana Kerjaya.
Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu, tipu tuntut insentif lebih RM170,000
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
Kemuka dokumen palsu, tiga pemilik syarikat didenda RM50,000
Ia selepas mereka mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu.
Kemuka tuntutan palsu berkaitan kontrak iklan, dua pengurus syarikat direman
Dua pengurus syarikat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkaitan kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan.