KUALA LUMPUR: Bermula sebagai peniaga di tepi jalan, menjual teh ais resipi sendiri pada 2018, Muhammad Adli Mohd Nazim kini berbangga dengan kafe jenama sendiri - "Tehyeish" - yang cukup gah di negeri kelahirannya Kedah.
Kejayaan usahawan berusia 28 tahun tersebut juga membuktikan lepasan kolej komuniti bukanlah "lekeh" seperti tanggapan sesetengah pihak, selagi seseorang itu ada tekad untuk mengubah nasib diri.
"Saya buka Tehyeish ini pada 2021, selepas kira-kira tiga tahun berniaga teh ais jenama sendiri, iaitu Premium Teh Ais di tepi jalan.
"Namun, untuk saya sampai di tahap sekarang bukanlah mudah," ujarnya membuka cerita kepada Bernama, ketika dihubungi.
Menurutnya, sebaik menamatkan pengajian peringkat sijil dalam bidang kulinari di Kolej Komuniti Sungai Petani pada 2015, beliau berpindah ke Alor Setar dan bertindak sebagai ejen menjual piza keluaran sebuah perniagaan francais.
Disangkakan berniaga di bandar besar akan memberi pulangan lumayan kepadanya, namun sambutan yang diterima hanya suam-suam kuku kerana persaingan yang sengit, membuatkan beliau berpatah pulang ke kampung halaman.
Di situlah bermula perjalanan sebenar beliau sebagai usahawan minuman dan makanan.
JUAL TEH AIS
Muhammad Adli berkata selepas pulang ke kampung, beliau memutuskan untuk mengusahakan gerai di tepi jalan dengan menjual produk sendiri, iaitu teh ais, teh ais boba dan teh ais cincau di bawah nama Premium Teh Ais.
Siapa sangka minuman yang diolah sendiri itu mendapat sambutan amat menggalakkan sehinggakan beliau berjaya mewujudkan francais.
"Saya buka perniagaan itu di pekan Sik dan pekan Batu Lima. Selain itu, saya ada empat francaisi, masing-masing di Guar Chempedak dan Sungai Petani di Kedah, Kepala Batas di Pulau Pinang serta Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur," kongsinya.
Beliau turut meluaskan perniagaan membuka gerai menjual chicken chop pada harga "Rahmah" RM5.50 dan masih bertahan hingga sekarang sekalipun berdepan peningkatan kos.
Menurutnya, untuk berniaga teh ais tersebut, beliau terpaksa meminjam wang daripada ibu bapanya.
"Disebabkan minat berniaga yang begitu tinggi, saya tidak bekerja di tempat lain dulu selepas tamat pengajian. Justeru, memang tidak ada simpanan untuk dijadikan modal.
"Saya beritahu ibu bapa hendak berniaga dan perlukan modal. Selepas diconggak, saya perlukan kira-kira RM17,000 termasuk bagi membeli sebuah van untuk mengangkut barangan jualan ke gerai," katanya, menambah hatinya rawan kerana perlu meminjam daripada orang tua yang juga bukan orang senang.
Bapanya, Mohd Nazim Othman @ Ibrahim), 56, bekerja sebagai penjawat awam manakala ibunya Basirah Mohamed Yusof, 50, hanyalah suri rumah.
"Mak ayah keluarkan duit simpanan mereka, jadi, mahu tidak mahu saya perlu pastikan perniagaan itu berjaya agar saya dapat bayar balik duit berkenaan. Alhamdulillah, saya dapat lunaskan pinjaman itu dalam tempoh setahun sahaja," ceritanya lagi.
JENAMA SENDIRI
Selepas tiga tahun bermandi keringat di tepi jalan, Muhammad Adli berjaya mengumpul modal untuk membuka kafe Tehyeish.
"Tehyeish ini sebenarnya teh ais, iaitu sebutan pelat anak lelaki saya yang kini sudah berusia enam tahun.
"Selain mengekalkan produk yang dijual di gerai sebelum ini, saya tambah 25 lagi produk seperti minuman hazelnut coklat, spanish latte, caramel macchiato, butterscotch walnut, aiskrim yogurt dan gula apong.
"Selain itu, terdapat juga sajian pastri termasuk karamel donat yang paling mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan pelbagai peringkat umur," jelasnya, menambah 70 peratus menu di kafe itu adalah rekaannya sendiri selepas melakukan penyelidikan dan pembangunan.
Menurutnya, selain kafe induk di pekan Sik, Tehyeish juga ada dua cawangan, iaitu di Padang Serai dan cawangan pandu lalu di pekan Batu Lima.
"Konsep pandu lalu ini tidaklah secanggih seperti restoran berjenama yang kita lihat sekarang. Untuk merealisasikan konsep ini di Tehyeish, saya menyewa tapak daripada Majlis Daerah Sik dengan keluasan agak besar, jadi saya dapat buat satu gerai yang sesuai untuk pelanggan membeli secara pandu lalu," katanya.
CAWANGAN SELURUH UTARA
Katanya walaupun sekadar berniaga di tepi jalan, di situlah beliau belajar selok-belok dunia perniagaan termasuk melakukan pemasaran dan pengurusan kewangan.
Berniaga ini memerlukan semangat juang yang tinggi dan seseorang itu tidak boleh mudah mengaku kalah walaupun berdepan kegagalan, katanya.
Beliau yang kini mempunyai 30 pekerja juga berbangga kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar termasuk pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti dan memerlukan pendapatan tambahan.
Memasang impian untuk memperluas cawangan Tehyeish ke seluruh utara Semenanjung, Muhammad Adli berkata sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan ketiga-tiga kedainya berjaya meraih jualan keseluruhan sekitar RM280,000 sebulan.
"Insya-Allah, saya mahu memperluas cawangan Tehyeish agar ada di setiap daerah di Kedah. Selepas itu saya merancang untuk mengembangkannya ke Pulau Pinang serta Perlis," katanya yang giat mempromosikan Tehyeish di platform Tik Tok, Instagram dan Facebook.
"... semestinya harapan saya untuk setanding jenama besar dan terkenal lain.
Bercerita tentang bakat berniaga, Muhammad Adli berkata beliau menjadikan arwah datuknya Mohamed Yusof Hashim sebagai sumber inspirasi.
"Tok wan (datuk) berniaga buah sejak 1980-an, saya pun tidak lahir lagi. Masa mula-mula, tok wan berniaga buah di gerai saja sehinggalah beliau berjaya membeli sebuah lori untuk membawa buah-buahan dari Thailand ke Sik. Selepas itu, peniaga termasuk yang di pasar malam, akan ambil buah daripada tok wan untuk mereka jual.
"Pada 1990-an, tok wan berjaya membeli kedai sendiri, dan saya kira kejayaan beliau membeli kedai ketika era berkenaan memang pencapaian yang hebat, kerana kebanyakan peniaga ketika itu masih lagi menyewa," katanya.
Menitipkan pesanan buat golongan muda yang ingin menjadikan perniagaan sebagai lubuk rezeki, Muhammad Adli berkata perkara utama ialah mempunyai ilmu pengetahuan dan kefahaman yang tinggi tentang bidang itu.
"Sebenarnya industri ini sangat sukar dan menuntut komitmen jitu. Banyak yang perlu dikorbankan dari segi masa, tenaga serta mental. Nasihat saya kepada mereka yang hendak berniaga ini fikir masak-masak sebelum terjun ke dunia perniagaan, sebab ia memerlukan pengorbanan yang tidak disangka," jelasnya, menutup bicara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
![Peniaga tepi jalan Muhammad Adli kini bangga dengan 'Tehyeish' Peniaga tepi jalan Muhammad Adli kini bangga dengan 'Tehyeish'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699324247_Tehyeish.jpg)
Muhammad Adli (tengah) berbangga kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar termasuk pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti dan memerlukan pendapatan tambahan. - Foto Facebook Tehyeish HQ
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pelajar cemerlang dipelawa sertai TVET, jadikan negara maju contoh - Ahmad Zahid Pelajar cemerlang dipelawa sertai TVET, jadikan negara maju contoh - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717760323_TBZAHIDTVET.jpg)
Pelajar cemerlang dipelawa sertai TVET, jadikan negara maju contoh - Ahmad Zahid
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang turut dipelawa menyertai kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
![Permohonan program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka sehingga 10 Mei Permohonan program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka sehingga 10 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712153599_TechnologyGeneric.jpg)
Permohonan program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka sehingga 10 Mei
Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.
![Peniaga tepi jalan Muhammad Adli kini bangga dengan 'Tehyeish' Peniaga tepi jalan Muhammad Adli kini bangga dengan 'Tehyeish'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699324247_Tehyeish.jpg)
Peniaga tepi jalan Muhammad Adli kini bangga dengan 'Tehyeish'
Selepas tiga tahun bermandi keringat di tepi jalan, Muhammad Adli berjaya mengumpul modal untuk membuka kafe Tehyeish.
![Lebih 60 peratus kurikulum politeknik, kolej komuniti fokus bidang TVET Lebih 60 peratus kurikulum politeknik, kolej komuniti fokus bidang TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677761150_TVET.jpg)
Lebih 60 peratus kurikulum politeknik, kolej komuniti fokus bidang TVET
Lebih 60 peratus kurikulum pembelajaran dan pengajaran di politeknik serta kolej komuniti seluruh negara akan memfokuskan kepada TVET.
![Kemasukan pelajar ke politeknik, kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus Kemasukan pelajar ke politeknik, kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693152611_MohdZahariIsmail.jpg)
Kemasukan pelajar ke politeknik, kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus
Setakat 25 Ogos menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini.
![Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684273877_PengambilanPelajar.jpg)
Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus
Secara umumnya kira-kira 100,000 pelajar diterima setiap tahun bagi kedua-dua institusi pengajian itu, namun tahun ini jumlahnya merosot.
![JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677926332_Rumzimamat.jpg)
JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian
JPPKK sentiasa mengambil usaha proaktif bagi menambah baik bidang pengajian yang ditawarkan supaya program itu kekal relevan serta responsif dalam memenuhi kehendak pasaran semasa.
![Pelajar politeknik, kolej komuniti dapat peluang jalani latihan industri di Qatar Pelajar politeknik, kolej komuniti dapat peluang jalani latihan industri di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664197026_TBPELAJARjpg.jpg)
Pelajar politeknik, kolej komuniti dapat peluang jalani latihan industri di Qatar
Penempatan mereka di Qatar juga bersempena penganjuran Piala Dunia 2022 pada November depan.
![Empat kolej komuniti di Johor akan miliki kampus tetap - PM Empat kolej komuniti di Johor akan miliki kampus tetap - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646552929_IsmailSabri.jpg)
Empat kolej komuniti di Johor akan miliki kampus tetap - PM
Empat kolej komuniti di Johor akan mempunyai kampus tetap seperti diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
![Keputusan kemasukan IPTA esok - KPT Keputusan kemasukan IPTA esok - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623656049_KementerianPengajia.jpg)
Keputusan kemasukan IPTA esok - KPT
Kementerian Pengajian Tinggi berkata keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari.