PUTRAJAYA: Permohonan kemasukan pelajar Sesi 1:2024/2025 ke program sijil dan diploma di 36 politeknik dan 105 kolej komuniti melalui e-Borang MyPolyCC dibuka bermula Rabu (3 April) hingga 10 Mei 2024, demikian menurut Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.
"Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bukan tahun semasa, lepasan sijil politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional dan Institut Tinggi PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang).
"Selain itu, permohonan turut dibuka kepada lepasan Institut Kemahiran Majlis Amanah Rakyat, Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) bagi semua program pengajian sijil dan diploma politeknik dan kolej komuniti," menurut kenyataan JPPKK pada Rabu.
Permohonan juga dibuka kepada pelajar yang tamat pengajian Tingkatan Lima, sekolah pendidikan khas bagi 13 program Pendidikan Eksklusif Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditawarkan di lima buah politeknik dan 13 buah kolej komuniti.
Tawaran berkenaan terhad kepada kumpulan pelajar OKU masalah pendengaran dan pembelajaran.
JPPKK turut memaklumkan melalui agenda peluasan akses, mulai sesi 1 : 2024/2025 lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka laluan permohonan ke program diploma politeknik dan kolej komuniti.
Di samping itu, pemilik sijil APEL (Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu) juga dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat sijil dan diploma.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Permohonan ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik dibuka
Permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2024/2025 ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik kini dibuka hingga 22 Julai depan.

Permohonan program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka sehingga 10 Mei
Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.

Kemasukan institusi TVET seluruh negara dibuat melalui UP_TVET mulai 30 Oktober - Zahid
semua permohonan kemasukan ke institusi TVET di seluruh negara akan dibuat melalui satu saluran sahaja mulai 30 Oktober ini, iaitu UP_TVET.