BANTING: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang turut dipelawa menyertai kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka boleh memilih dari lima universiti TVET di seluruh negara, sekali gus membantu memacu usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.
“Kita dapati ia akan memendekkan jangka masa, pelajar cemerlang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan aspek akademik. Terdapat 11,173 pelajar yang mendapat keputusan semua A, mereka boleh memilih TVET juga kerana peluang memasuki kolej dan universiti TVET ada.
“Kita ada lima universiti TVET di seluruh negara termasuk Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mereka boleh memilih untuk terus memasuki peringkat awalan atau melalui Giat Mara, Institut Kemahiran (IKM), kolej komuniti dan sebagainya.
“Peluang amat terbuka luas. Mereka juga boleh memilih jika mahu bekerja dahulu selepas Sijil Kemahiran 1 dan 2 atau bekerja sambil belajar, ada kursus yang ditawarkan sesuai dengan masa anjal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan walkabout Hari TVET Negara (HTN) 2024 yang bermula pada Sabtu di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.
Hari pertama menyaksikan lebih 10,000 pengunjung hadir, majoritinya dalam kalangan pelajar lepasan SPM dan sijil TVET.
Berlangsung selama dua hari, HTN 2024 menawarkan pelbagai pengisian menarik melibatkan bidang TVET merangkumi lima hab aktiviti utama iaitu pameran, seminar, karnival kerjaya, keusahawanan serta cabaran TVET.
Kira-kira 50 syarikat serta institusi berkaitan TVET mempamerkan produk masing-masing serta keperluannya dalam pasaran.
HTN 2024 akan dirasmikan esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas Ahmad Zahid lagi, Malaysia harus mula mengikuti contoh negara maju yang lain seperti Jepun, yang menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk lepasan sekolah.
Madiha Abdullah
Fri Jun 07 2024

Ahmad Zahid mengadakan sesi lawatan sekitar tapak Program Hari TVET Negara 2024 di ILP Kuala Langat di Banting, hari ini. - Gambar Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.

Wan Junaidi seru masyarakat Cina bersama-sama kukuhkan integrasi merentasi kaum
Wan Junaidi menyeru masyarakat Cina untuk terus bersama-sama memperkukuh lagi integrasi merentasi kaum bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan.

Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.

KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.

MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.