PONTIAN: Empat kolej komuniti di Johor akan mempunyai kampus tetap seperti diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kolej komuniti berkenaan melibatkan Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Kolej Komuniti Pagoh, Kolej Komuniti Parit Sulong dan Kolej Komuniti Simpang Renggam.
"Semua projek ini melibatkan kos atau siling peruntukan kira-kira RM61.2 juta," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kolej Komuniti@Pontian di Kompeks Muafakat Sungai Pinggan, Benut, dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Ismail Sabri berkata dalam RMK12 juga, kerajaan telah mengenal pasti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sebagai satu daripada pemacu perubahan khususnya bagi memenuhi permintaan pekerja oleh pihak industri.
"Justeru, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM6.6 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi berkaitan, termasuklah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Pada 2022 juga, kerajaan memperuntukkan RM25 juta kepada JPPKK untuk melaksanakan program latihan TVET," kata Perdana Menteri dan menambah kerajaan turut menyasarkan 25,000 pelatih bakal mendapat manfaat daripada peruntukan ini.
Jelasnya kerajaan sangat komited memperkasakan komuniti setempat melalui agenda TVET yang merupakan manifestasi kepada usaha kerajaan, dalam membantu meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia.
Dalam majlis tersebut, Ismail Sabri merasmikan pelancaran Kolej Komuniti Satelit di Pontian, yang merupakan kolej satelit kedua ditubuhkan di Johor selepas Kolej Komuniti Satelit di Parit Sulong.
Sementara itu, Noraini ketika berucap berkata pelancaran kolej komuniti satelit itu merupakan komitmen KPT untuk menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 dan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 (PSPKK).
"Apa yang lebih utama, ini juga adalah manifestasi kerajaan dalam menyokong agenda pelaksanaan Penbelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sebagai demi menambah ilmu, memperkasakan kemahiran dan meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.
"Kolej Komuniti Satelit di Pontian ini djangka membantu merancakkan lagi ekonomi setempat melalui penyediaan program latihan, kemahiran, PSH dan keusahawanan kepada komuniti seperti golongan belia, warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya serta B40," kata Noraini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) melawat pameran yang terdapat pada Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Satelit di Kompleks Muafakat Sungai Pinggan Benut hari ini. - Foto BERNAMA
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Pelajar cemerlang dipelawa sertai TVET, jadikan negara maju contoh - Ahmad Zahid
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang turut dipelawa menyertai kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Permohonan program sijil, diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka sehingga 10 Mei
Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.
Peniaga tepi jalan Muhammad Adli kini bangga dengan 'Tehyeish'
Selepas tiga tahun bermandi keringat di tepi jalan, Muhammad Adli berjaya mengumpul modal untuk membuka kafe Tehyeish.
Lebih 60 peratus kurikulum politeknik, kolej komuniti fokus bidang TVET
Lebih 60 peratus kurikulum pembelajaran dan pengajaran di politeknik serta kolej komuniti seluruh negara akan memfokuskan kepada TVET.
Kemasukan pelajar ke politeknik, kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus
Setakat 25 Ogos menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini.
Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus
Secara umumnya kira-kira 100,000 pelajar diterima setiap tahun bagi kedua-dua institusi pengajian itu, namun tahun ini jumlahnya merosot.
JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian
JPPKK sentiasa mengambil usaha proaktif bagi menambah baik bidang pengajian yang ditawarkan supaya program itu kekal relevan serta responsif dalam memenuhi kehendak pasaran semasa.
Pelajar politeknik, kolej komuniti dapat peluang jalani latihan industri di Qatar
Penempatan mereka di Qatar juga bersempena penganjuran Piala Dunia 2022 pada November depan.
Empat kolej komuniti di Johor akan miliki kampus tetap - PM
Empat kolej komuniti di Johor akan mempunyai kampus tetap seperti diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Keputusan kemasukan IPTA esok - KPT
Kementerian Pengajian Tinggi berkata keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari.