LABUAN: Penggunaan e-dompet meningkat sebanyak 131 peratus kepada lebih 600 juta transaksi pada 2020 berbanding tahun sebelumnya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata berdasarkan Laporan Paynett 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini, peratusan rakyat Malaysia menggunakan wang tunai untuk pembayaran menurun 11 peratus kepada 78 peratus berbanding sebelum pandemik sebanyak 89 peratus.
Nanta berkata ini menunjukkan digitalisasi pembayaran tanpa tunai telah mula diterima pakai dan dijangka menjadi budaya dalam kalangan rakyat pada masa akan datang.
"Untuk itu, kementerian telah menggerakkan susun kerja dalam memastikan agenda digitalisasi menjadi objektif utama sektor peruncitan dengan tumpuan kepada keperluan peniaga di peringkat mikro dan kecil agar dapat menerima serta mengguna pakai e-dompet.
"Pendekatan tanpa tunai ini memberi manfaat kepada peniaga mikro dan kecil tambahan pula dengan situasi pandemik pada masa ini yang menggalakkan transaksi tanpa tunai," katanya pada Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi) di sini pada Isnin.
Beliau berkata sasaran Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia adalah memastikan 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima e-dagang selain memberi 500,000 peluang perniagaan dan sumbangan sebanyak 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025.
"Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan transaksi e-dagang melonjak hingga 30 peratus iaitu bersamaan RM254.6 bilion pada suku pertama tahun lepas.
"Negara di rantau Asia Tenggara kini berada pada puncak fasa revolusi kewangan dengan kira-kira 49 peratus daripada penduduk bandar telah mengaplikasikan perkhidmatan e-dompet dan jumlah ini diunjur mencecah 84 peratus menjelang 2025," katanya.
Nanta berkata pelancaran ReDI bertujuan memastikan peniaga kecil tidak terus ketinggalan dalam arus perdana dan bersama-sama membabitkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital.
"Menerusi pelaksanaan Program ReDI ini, kementerian mengadakan kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri dengan menyasarkan 100 peniaga (setiap PBT) menyertai program itu menjelang akhir 2025," katanya.
Beliau berkata jika ini dapat dilaksanakan, pihaknya yakin sasaran sebanyak 15,000 peniaga dalam kategori itu di seluruh negara akan menerima manfaat selain memberi pilihan kepada pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Nanta ditemui media pada sesi Walkabout Program Jualan Malaysia di Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada Isnin. --fotoBERNAMA
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.
3,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai
Menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.
Langkah perluas bantuan e-dompet bukti kerajaan dengar suara mahasiswa
Bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif menerusi e-dompet
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta.
Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.
ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.
Tiada lagi transaksi tunai di Puspakom mulai 1 Julai
Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.
Prasarana akan perluas kolaborasi bagi mudahkan transaksi tanpa tunai
Kaedah pembayaran tiket dan pas perjalanan pengangkutan awam akan menjadi lebih mudah.