KUANTAN: Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.
Beliau berkata insentif tersebut, akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal di bazar terpilih melalui operator atau penyedia platform e-dompet, yang berkerjasama dengan kementeriannya.
"Setiap negeri kita akan laksanakan sebanyak enam kali, ini bermakna sebanyak 6,000 pengunjung akan menerima manfaat daripada inisiatif itu di setiap negeri, dengan pengguna hanya akan dapat sekali sahaja insentif berkenaan.
"Di samping membantu mengurangkan kos sara hidup, usaha ini juga ke arah mendidik masyarakat berbelanja menggunakan e-dompet, sekali gus menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai...mereka boleh dapat insentif itu ketika berkunjung ke bazar Ramadan nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadan di Pasar Tani di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang Saiful Sadri.
Mengulas lanjut, Fuziah memaklumkan sehingga kini sebanyak 29 bazar telah berdaftar untuk menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah, dan pihaknya menyasarkan 50 lokasi di seluruh negara untuk mengambil bahagian.
Dalam pada itu, Fuziah mengingatkan peniaga bazar Ramadan supaya mempamerkan harga makanan sepanjang beroperasi kelak, bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Sementara itu, Saiful berkata pihaknya menyasarkan nilai jualan lebih RM3 juta menerusi Program Jualan Ramadan MADANI, yang akan dianjurkan sepanjang bulan puasa di 18 lokasi di seluruh Pahang.
Menyentuh mengenai program agihan bubur lambuk, beliau berkata sebanyak 17 kawah bubur telah dimasak secara bergotong-royong bersama jawatankuasa dan peniaga pasar tani berkenaan, untuk diedarkan kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Insentif tersebut, akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal di bazar terpilih melalui operator atau penyedia platform e-dompet. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN Kelantan selamatkan lebih 2,000kg makanan, minuman di Bazar Ramadan Rahmah
Makanan yang terkumpul diagihkan kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT), gelandangan dan golongan memerlukan.

KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini
Pada masa ini, pihaknya hanya menunggu arahan rasmi yang dikeluarkan KPDN Perak berhubung penganjuran bazar berkenaan.

Tiga BRR di Melaka tawar Menu Rahmah
Setakat ini, 47 peniaga di ketiga-tiga BRR berkenaan secara sukarela berdaftar untuk menawarkan Menu Rahmah.

Bazar Ramadan Rahmah di Ipoh suram, kurang sambutan
Bazar itu bukan sahaja kurang dikunjungi orang ramai, tetapi juga tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peniaga.

Bazar Ramadan Rahmah dapat sambutan, ada juga peniaga yang rugi?
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.

6,000 pengunjung terawal Bazar Ramadan Rahmah di ibu kota berpeluang terima RM20 e-tunai
KPDN memperuntukkan RM2 juta bagi pemberian insentif berkenaan sebagai pendekatan menggalakkan penggunaan transaksi digital di BRR.

Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang menjadi produk terbaru di bawah inisiatif Payung Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dilaksanakan di 38 lokasi seluruh negara.

Bazar Ramadan Rahmah tawar pelbagai juadah bawah RM5
Terdapat 20 gerai di bazar itu yang beroperasi bermula 3 petang dengan rata-rata makanan atau minuman dijual pada harga bawah RM5.

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif menerusi e-dompet
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta.

173 premis tawar Menu Rahmah di Perak - Exco
Setakat ini sebanyak 173 premis kedai makan di Perak telah menyertai program Menu Rahmah, sejak ia dilancarkan 31 Jan lepas.