IPOH: Setakat ini sebanyak 173 premis kedai makan di Perak telah menyertai program Menu Rahmah, sejak ia dilancarkan 31 Januari lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Woo Kah Leong.
Beliau berkata angka tersebut merupakan angka rasmi, namun yakin jumlah sebenar adalah lebih daripada itu kerana terdapat peniaga yang memperkenalkan Menu Rahmah, tetapi tidak berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri.
"Ini (peniaga perkenalkan Menu Rahmah tetapi tidak berdaftar) saya nampak dengan mata sendiri di Teluk Intan, Taiping dan Ipoh. Saya rasa 173 (premis atau kedai makan) adalah info rasmi, tetapi saya rasa dah lebih 200," katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Rahmah Raya Aeon Co. (M) Bhd di sini pada Rabu.
Turut hadir Pengarah KPDN Negeri Perak Datuk Kamalludin Ismail.
Woo juga berkata beliau mendapati kualiti Menu Rahmah di negeri ini berkualiti, selain sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Sementara itu, Kamalludin berkata pihaknya belum menerima aduan daripada peniaga atau pelanggan melibatkan kualiti atau kuantiti Menu Rahmah, yang diperkenalkan di negeri itu.
"Jadi saya minta kalau ada yang kata kurang dari segi kualiti dan ambil kesempatan, diminta panjangkan kepada pihak KPDN sebab kita boleh tengok balik macam mana Menu Rahmah yang dikatakan kurang kualiti atau tidak berpatutan itu," katanya.
Januari lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan inisiatif Menu Rahmah dan setakat ini 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan, bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Dalam pada itu, Kamalludin berkata pihaknya dalam perancangan untuk mewujudkan Bazar Ramadan Rahmah di Ipoh dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang kini diperingkat mengenal pasti kawasan untuk program tersebut.
"Mungkin bila kita bersedia nanti kita akan maklumkan, kita akan buat satu dulu, mungkin antara terbesar di Ipoh, kita akan buat konsep Bazaar Ramadan Rahmah. Belum masa saya cakap lagi, mungkin bila dah sedia nanti kita akan buat perasmian," katanya.
Salahuddin sebelum ini menyatakan KPDN sedang mengenal pasti lokasi sesuai dan berpotensi untuk dijadikan Bazar Ramadan Rahmah, di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Woo Kah Leong (tengah) ketika hadir bagi melancarkan Inisiatif Rahmah Raya Aeon di Aeon Klebang pada Rabu. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.

Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.

Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.

43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.

Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.

Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.

PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.