IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bersedia menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) sepanjang bulan puasa ini di seluruh negeri.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pada masa ini, pihaknya hanya menunggu arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kementerian berhubung penganjuran bazar berkenaan.
"Di peringkat negeri, kita bersedia untuk menyambut penganjurannya yang dilihat berperanan dalam memberikan manfaat kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
"Cuma pada kali ini, kita akan pastikan kelemahan yang terjadi sebelum ini diperbaik terutama membabitkan lokasi. Kita akan pastikan lokasi yang dianjurkan bazar ini berpotensi menarik kehadiran pengunjung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program Jualan Ihsan Rahmah Back to School Peringkat Negeri Perak 2024 di Pasaraya Mydin Meru di sini semalam.
BRR yang dilancarkan pada 27 Mac tahun lepas merupakan inisiatif diperkenalkan oleh KPDN di bawah Payung Rahmah yang bertujuan menawarkan makanan dengan harga berpatutan, sekali gus membantu dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
Mengulas mengenai program jualan itu, Kamalludin berkata ia diadakan serentak di 36 pasar raya di seluruh negeri bermula 6 hingga 10 Mac ini yang bertujuan mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.
"Antara pasar raya terlibat ialah Mydin, Aeon, Lotus, Econsave dan Syarikat Sakan. Melalui pelaksanaan program ini juga diskaun 10 hingga 30 peratus ditawarkan kepada mereka yang datang membeli di pasar raya berkenaan.
"Kita beri jaminan bahawa setiap kelengkapan sekolah yang dijual di pasar raya itu mempunyai kualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan," katanya.
Beliau berkata orang ramai boleh melayari laman Facebook dan TikTok KPDN Perak untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
![KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709758455_KPDNperak.jpg)
Kamalludin (tiga, kanan) hadir bagi merasmikan pelancaran Program Jualan Ihsan Rahmah Back to School Peringkat Negeri Perak 2024 di Pasaraya Mydin Meru di Ipoh semalam. - Foto KPDN Perak
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
![Enggan jual minyak masak paket, peniaga berdepan tindakan undang-undang Enggan jual minyak masak paket, peniaga berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684255635_KamalludinIsmail.jpg)
Enggan jual minyak masak paket, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 52 kilogram minyak masak paket bersubsidi di sebuah premis di Tanjong Malim semalam.
![Kilang biskut dan roti diserbu, guna logo halal tidak sah Kilang biskut dan roti diserbu, guna logo halal tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719526145_Kilangbiskutdanro.jpg)
Kilang biskut dan roti diserbu, guna logo halal tidak sah
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu produk makanan yang dikilangkan dan ditawarkan untuk jualan tetapi tiada dalam senarai sijil halal.
![Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000 Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
![Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715388567_TBseleweng.jpg)
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
![Peniaga warga asing sorok minyak masak peket, jual kepada orang luar sahaja Peniaga warga asing sorok minyak masak peket, jual kepada orang luar sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711679354_TBsorokminyakjp.jpg)
Peniaga warga asing sorok minyak masak peket, jual kepada orang luar sahaja
Tindakan penyamaran oleh penguat kuasa KPDN bongkar aktiviti menyorok minyak masak bersubsidi.
![Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710976304_sorokminyakPerak.jpg)
Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.
![Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710480751_diesel.jpg)
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
![KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709758455_KPDNperak.jpg)
KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini
Pada masa ini, pihaknya hanya menunggu arahan rasmi yang dikeluarkan KPDN Perak berhubung penganjuran bazar berkenaan.
![KPDN tahan lelaki warga Thailand disyaki cuba seludup petrol KPDN tahan lelaki warga Thailand disyaki cuba seludup petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684255635_KamalludinIsmail.jpg)
KPDN tahan lelaki warga Thailand disyaki cuba seludup petrol
Padah mengubah suai tangki kenderaan untuk menikmati petrol subsidi, seorang warga Thailand ditahan KPDN Perak semalam.
![Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704924820_LPGNoPermit.jpg)
Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit
KPDN sita 84 tong gas LPG berjenama dan 97 tong kosong berjenama dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM20,334.40.