IPOH: Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan lelaki itu didakwa mengisi petrol RON95 di dalam tangki kenderaan jenis Toyota Camry sebanyak 252 liter untuk dibawa keluar ke Thailand melalui jalan darat.
Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 11.30 pagi pada 17 Feb lepas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu.
"Hasil pemeriksaan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perak di laluan keluar Kompleks ICQS, lelaki berkenaan berjaya ditahan ketika mahu membawa kenderaan yang berisi minyak itu keluar ke Thailand," menurut kenyataan itu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Subperaturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN Perak Hasyutantee Khalil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran. - Gambar hiasan

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.