KUALA LUMPUR: Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Shukor Ismail dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan urus niaga tanpa tunai berkenaan akan dikuatkuasakan di semua 54 pusat pemeriksaan agensi itu di seluruh negara mulai tarikh itu.
Katanya pelanggan boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pilihan e-dompet, kad debit atau kad kredit.
Menurutnya Puspakom menerima pembayaran tanpa tunai melalui pelbagai pilihan e-dompet termasuk PUSPAKOM e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch 'n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay di semua pusat pemeriksaannya di seluruh negara.
"Sejak April tahun lalu, pembayaran tanpa tunai serta pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit secara elektronik tanpa kertas telah dilaksanakan. Namun, pembayaran secara tunai masih dibenarkan ketika itu atas pertimbangan masih ada sebilangan kecil pelanggan tidak memiliki e-dompet, kad debit atau kredit.
"Bagaimanapun, data menunjukkan lebih 90 peratus pelanggan Puspakom kini menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan kami. Ini jelas menunjukkan pembayaran tanpa tunai menjadi pilihan kerana ia lebih mudah, cepat dan selamat dari segi kebersihan tatkala pandemik masa kini," katanya dalam kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Puspakom di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di pautan www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook rasmi Puspakom Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Bermula 1 Julai, pelanggan boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pilihan e-dompet, kad debit atau kad kredit. - Gambar fail
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.

Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki tampar kakitangan Puspakom didakwa esok
Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).