KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memperluaskan kolaborasi dengan lebih banyak aplikasi termasuk syarikat e-dompet, dalam usaha digitalisasi dan memudahkan kaedah pembayaran tiket dan pas perjalanan pengangkutan awam seliaannya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, usaha itu juga merupakan langkah untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna sejajar hasrat menarik semula minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
"Kerjasama seperti ini juga diharap dapat meningkatkan semula jumlah penumpang harian yang terjejas akibat COVID-19, seiring peralihan negara ke fasa endemik," katanya pada Majlis Pelancaran Kolaborasi Prasarana bersama BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink) di sini, semalam.
Pada majlis itu, Prasarana memeterai usaha sama bersama BonusLink yang membolehkan pengguna membeli pas perjalanan tanpa had My50 secara dalam talian, dan membuat transaksi tanpa tunai menerusi aplikasi dikenali sebagai Blink.
Mohd Azharuddin berkata, kerjasama itu merupakan antara inisiatif pihaknya, sebagai alternatif kepada pengguna bagi membeli pas perjalanan tanpa had My50 yang sebelum ini hanya boleh dibeli secara tunai di kaunter stesen tren kendalian Prasarana.
"Kolaborasi ini merupakan titik permulaan bagi Prasarana, bergerak secara agresif untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna sejajar dengan hasrat untuk menarik semula minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam," katanya.
Mohd Azharuddin berkata, kolaborasi yang akan bermula 15 Mei ini secara rintis dan Bukti Konsep selama tiga bulan itu, akan menggunakan Blink sebagai landasan utama bagi pembelian dan penebusan mata ganjaran sebagai ahli BonusLink.
Beliau berkata, pengguna yang membeli atau menebus pas perjalanan My50 melalui Blink dengan menghantar butiran lengkap, akan menerima e-baucar dan seterusnya boleh menebus pas perjalanan itu dengan menggemukakan baucar dicetak di 10 kaunter stesen tren terpilih, antaranya Masjid Jamek dan Pasar Seni.
"Jika mendapat sambutan menggalakkan, fasa kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen rel dan bas kendalian Rapid KL, selain akan dipertingkatkan dengan mengembangkan saluran jualan dalam talian dan tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana," kata Azharuddin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Melvin Ooi berkata, ahli BonusLink boleh menikmati pulangan mata ganjaran sehingga 40 peratus dengan setiap pembelian pas perjalanan My50 menggunakan kad AmBank BonusLink Visa atau sebarang kad Visa dalam tempoh promosi tersebut.
Beliau percaya kerjasama tersebut merupakan permulaan yang baik dalam menyediakan kemudahan tambahan untuk perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Mohd Azharuddin Mat Sah (kiri) dan Melvin Ooi pada Majlis Pelancaran Kolaborasi Prasarana bersama BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink) di Kuala Lumpur, semalam.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Prasarana tubuh jawatankuasa siasat insiden lelaki OKU maut digilis tren
Prasarana akan melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk memastikan persekitaran perjalanan yang lebih selamat untuk orang kurang upaya.

Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.

Fasiliti pintu platform automatik pastikan keselamatan penumpang monorel - Loke
PAGS direka agar beroperasi selari dengan pergerakan pintu tren, dengan tambahan tiga pintu kecemasan serta skrin tetap di hujung platform untuk memperkukuh aspek keselamatan.

Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.

Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.

PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.

Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.

Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.

Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.