BERA: Kerajaan akan memastikan agenda digitalisasi khususnya penggunaan e-dompet dalam kalangan pengguna dan peniaga diperluaskan ke kawasan luar bandar menerusi Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata ReDI yang dipelopori Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital yang inklusif.
Beliau berkata pada masa ini, terdapat jurang yang besar dalam pembayaran tanpa tunai antara kawasan bandar dan luar bandar, sedangkan kerajaan berhasrat masyarakat di luar bandar juga tidak terpinggir daripada arus kepesatan ekonomi digital.
"Kerajaan akan terus memastikan agenda digitalisasi menjadi tumpuan utama di semua peringkat termasuklah memperluas kaedah pembayaran secara elektronik ke seluruh pelosok negara.
"Melalui usaha ini, kerajaan yakin peralihan kepada kaedah pembayaran elektronik seperti penggunaan e-dompet bukan sahaja mudah, cepat dan selamat tetapi juga membantu peniaga mengurus perniagaan mereka dengan lebih baik dan efisien," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap melancarkan Program ReDI Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Dataran Kerayong di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman.
Bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai, Perdana Menteri berkata kerajaan menawarkan inisiatif e-baucar Program Jualan Malaysia dengan peruntukan RM2 juta mulai 30 Ogos hingga 31 Dis ini, yang boleh dimuat turun melalui aplikasi MySales Tracker KPDNHEP.
Khusus untuk Parlimen Bera, Ismail Sabri memaklumkan insentif e-dompet sebanyak RM20 disediakan kepada 1,000 orang selain e-dompet RM100 bagi 1,500 kumpulan sasar terpilih daripada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen itu.
Dalam ucapannya, Ismail Sabri juga berkata kesedaran masyarakat dalam berurus niaga dan mendapatkan sesuatu perkhidmatan secara dalam talian adalah hikmah di sebalik pandemik COVID-19.
"Kini, berurus niaga secara dalam talian menjadi norma baharu, bahkan pembayaran tanpa tunai yang menjadi pemangkin ekonomi digital negara, diunjur menyumbang 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.
"Berdasarkan Payment Network Malaysia (PayNet) Digital Payment Insight Study 2022, peratusan rakyat Malaysia menggunakan wang tunai untuk tujuan pembayaran menurun 11 peratus kepada 78 peratus berbanding 89 peratus sebelum pandemik," katanya.
Antara inisiatif dilaksana bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet ialah e-Pemula melibatkan peruntukan RM300 juta di bawah Bajet 2022, dan memanfaatkan sekitar dua juta belia seluruh negara, yang dilancarkan April lepas.
Pada majlis itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengumumkan sebuah pejabat pintar KPDNHEP yang pertama di Malaysia, lengkap dengan kemudahan digitalisasi terkini dan akan beroperasi di Bera mulai Januari depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
![ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661575217_DatukSeriIsmailSa.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan peringkat kebangsaan. - Foto BERNAMA
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![5,321 peniaga telah berdaftar menerusi ReDI - Nanta 5,321 peniaga telah berdaftar menerusi ReDI - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661591386_TBNANTALINGGI.jpg)
5,321 peniaga telah berdaftar menerusi ReDI - Nanta
Program ReDI yang bertujuan merapatkan jurang digital terutama peniaga di kawasan luar bandar, menyasarkan 15,000 peniaga untuk berdaftar menjelang 2025.
![Kerajaan mahu perkasa ReDI kawasan luar bandar - PM Kerajaan mahu perkasa ReDI kawasan luar bandar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661583896_TBISMAILSABRI.jpg)
Kerajaan mahu perkasa ReDI kawasan luar bandar - PM
ReDI bertujuan rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan mengadaptasi ekonomi digital terutama pembayaran tanpa tunai.
![Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661575268_TBISMAILSABRI.jpg)
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM
Ia menyaksikan kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan.
![ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661575217_DatukSeriIsmailSa.jpg)
ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.