KULAI:Pengecualian terhadap pembekuan pengambilan pekerja asing bagi sektor perladangan dan komoditi hanya akan dibuat selepas kerajaan berjaya mengawal situasi semasa pandemik COVID-19 di kedua-dua sektor itu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini berikutan pada masa ini kerajaan masih berusaha untuk memastikan pengusaha ladang menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerjanya bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Menurutnya kerajaan sedang menggerakkan kempen agar pemain dalam sektor perladangan seperti pengusaha ladang sawit, getah dan perkayuan, melaksanakan SOP yang ketat bagi memastikan tiada penularan berlaku dalam sektor berkenaan.
"Kalau ia berjaya dilaksanakan, mungkin kerajaan boleh pertimbang untuk laksanakan pengecualian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tapak projek rintis ladang lada di Felda Inas Utara, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas permohonan beberapa pengusaha industri terutama di sektor perladangan yang mahukan pengecualian daripada pembekuan tenaga kerja asing.
Mohd Khairuddin berkata pembekuan pengambilan itu dilakukan sebagai menjaga kesejahteraan rakyat ketika berhadapan pandemik COVID-19.
Beliau berkata bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan sektor berkenaan, kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif termasuk menyediakan dana berjumlah RM36 juta untuk diberi kepada syarikat dalam sektor getah yang berjaya menggantikan tenaga kerja asing dengan warga tempatan.
"Menerusi inisiatif ini, kerajaan memperuntukkan RM600 sebulan bagi seorang pekerja selama tempoh enam bulan. Selain itu, program 'rekalibrasi' (pemutihan) yang bertujuan mengambil pendatang tanpa izin bagi mengisi kekosongan yang diperlukan dalam sektor tertentu juga sedang dalam peringkat rundingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
![Pengecualian untuk ambil pekerja asing hanya selepas pandemik dikawal - KPPK Pengecualian untuk ambil pekerja asing hanya selepas pandemik dikawal - KPPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612691103_TBPalmOilWorker.jpg)
Beberapa pengusaha industri terutama di sektor perladangan mahukan pengecualian daripada pembekuan tenaga kerja asing. - Gambar hiasan
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Tiada keperluan panjangkan tempoh akhir RTK 2.0 - Saifuddin Tiada keperluan panjangkan tempoh akhir RTK 2.0 - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710068635_tbSaifuddinNasution.jpg)
Tiada keperluan panjangkan tempoh akhir RTK 2.0 - Saifuddin
Tiada keperluan untuk melanjutkan tempoh proses pengambilan pekerja asing oleh majikan yang mendaftar Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.
![Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664971907_TBSARAVANAN.jpg)
Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri
Sesi temu duga pengambilan pekerja asing oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh diadakan di Jabatan Tenaga Kerja di setiap negeri dan bukan hanya di Putrajaya.
![KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657524233_TBzuraida.jpg)
KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya
Pengambilan pekerja asing secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya memudahkan lagi proses berkenaan.
![Teruskan sistem kuota buruh asing untuk pemulihan ekonomi pantas - MEF Teruskan sistem kuota buruh asing untuk pemulihan ekonomi pantas - MEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643032753_TBPEKERJAASING.jpg)
Teruskan sistem kuota buruh asing untuk pemulihan ekonomi pantas - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata, sistem kuota khas pengambilan pekerja asing perlu diteruskan bagi membolehkan sektor swasta mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia.
![Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616173678_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad.
![Pengecualian untuk ambil pekerja asing hanya selepas pandemik dikawal - KPPK Pengecualian untuk ambil pekerja asing hanya selepas pandemik dikawal - KPPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612691103_TBPalmOilWorker.jpg)
Pengecualian untuk ambil pekerja asing hanya selepas pandemik dikawal - KPPK
Kerajaan masih berusaha untuk memastikan pengusaha ladang menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerjanya.
![Pengambilan pekerja asing perlu penuhi syarat ditetapkan - Mahfuz Pengambilan pekerja asing perlu penuhi syarat ditetapkan - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555759927_TBMahfuzOmar.jpg)
Pengambilan pekerja asing perlu penuhi syarat ditetapkan - Mahfuz
Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan dalam pengambilan pekerja asing.
![Pengambilan pekerja asing dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka Pengambilan pekerja asing dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581677445_DATUKSERIDRWANAZIZAH.jpg)
Pengambilan pekerja asing dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka
Kerajaan benarkan pengambilan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan lebih banyak topeng muka dan hidung bagi mengekang wabak koronavirus (COVID-19).
![Larangan, beku pengambilan pekerja asing: Persatuan dobi rayu kerajaan teliti semula dasar Larangan, beku pengambilan pekerja asing: Persatuan dobi rayu kerajaan teliti semula dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566422256_MuhyiddinYassin.jpg)
Larangan, beku pengambilan pekerja asing: Persatuan dobi rayu kerajaan teliti semula dasar
Antara kesan daripada dasar itu akan menyebabkan perniagaan perkhidmatan dobi yang berskala kecil dan besar berisiko untuk ditutup.