KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berharap pengambilan pekerja asing dapat diselaraskan secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya bagi memudahkan lagi proses berkenaan.
Kementerian turut mengakui proses itu perlu dilaksanakan dengan berkesan dan lengkap serta maklum akan kebimbangan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengenai risiko negara kehilangan hasil sehingga RM21 bilion pada tahun 2021 dan dijangka meningkat kepada RM28 bilion pada tahun ini sekiranya pekerja asing tidak dibawa masuk dengan segera.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, untuk penyelesaian jangka panjang, KPPK menggalakkan pemilik ladang untuk memberikan latihan semula kemahiran dan peningkatan kemahiran dalam kalangan pekerja warga tempatan, selain mengamalkan pengurusan tenaga buruh dengan baik yang penting untuk mengekalkan pekerja-pekerja asing digajikan mereka.
'Dasar pengurusan tenaga buruh yang baik bukan sahaja dapat mengelakkan pekerja asing yang digajikan mereka daripada melarikan diri, malah ia juga membolehkan majikan mengelakkan risiko terlibat dalam isu-isu berkaitan buruh paksa dan pemerdagangan manusia, yang dilihat boleh menjejaskan urusan eksport bagi tempoh jangka masa panjang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau menambah kementerian tidak akan berkompromi dalam isu-isu berkaitan buruh paksa di dalam negara serta Malaysia akan terus mematuhi garis panduan ditetapkan dalam Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Bahkan, KPPK akan terus menyokong Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa (NAPFL) yang dibangunkan dalam usaha menangani serta membasmi isu buruh paksa dalam negara," jelas Zuraida. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berharap pengambilan pekerja asing dapat diselaraskan secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya bagi memudahkan lagi proses berkenaan, kata Datuk Zuraida Kamaruddin. - Gambar fail
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Tiada keperluan panjangkan tempoh akhir RTK 2.0 - Saifuddin
Tiada keperluan untuk melanjutkan tempoh proses pengambilan pekerja asing oleh majikan yang mendaftar Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.
Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri
Sesi temu duga pengambilan pekerja asing oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh diadakan di Jabatan Tenaga Kerja di setiap negeri dan bukan hanya di Putrajaya.
KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya
Pengambilan pekerja asing secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya memudahkan lagi proses berkenaan.
Teruskan sistem kuota buruh asing untuk pemulihan ekonomi pantas - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata, sistem kuota khas pengambilan pekerja asing perlu diteruskan bagi membolehkan sektor swasta mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia.
Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad.
Pengecualian untuk ambil pekerja asing hanya selepas pandemik dikawal - KPPK
Kerajaan masih berusaha untuk memastikan pengusaha ladang menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerjanya.
Pengambilan pekerja asing perlu penuhi syarat ditetapkan - Mahfuz
Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan dalam pengambilan pekerja asing.
Pengambilan pekerja asing dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka
Kerajaan benarkan pengambilan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan lebih banyak topeng muka dan hidung bagi mengekang wabak koronavirus (COVID-19).
Larangan, beku pengambilan pekerja asing: Persatuan dobi rayu kerajaan teliti semula dasar
Antara kesan daripada dasar itu akan menyebabkan perniagaan perkhidmatan dobi yang berskala kecil dan besar berisiko untuk ditutup.