PUTRAJAYA: Sesi temu duga pengambilan pekerja asing oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh diadakan di Jabatan Tenaga Kerja di setiap negeri dan bukan hanya di Putrajaya, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Khas KSM kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mengenai pengambilan pekerja asing di sini hari ini, beliau berkata ia antara syor yang diutarakan dalam pertemuan itu untuk temu duga diadakan di setiap negeri bagi mengelak kesesakan di pejabat KSM yang berpusat di Putrajaya.
"Cuma saya lihat ada permintaan, contoh mereka nak kekalkan pusat temu duga di negeri. Itu saya boleh, tak ada masalah, kita akan kekalkan," kata Saravanan.
Ngeh telah mengutarakan kesukaran yang perlu dilalui para majikan untuk hadir secara fizikal ke Putrajaya untuk melalui proses temu duga termasuk mengemas kini butiran kecil seperti alamat rumah dan nombor telefon.
Media sebelum ini turut melaporkan KSM dibanjiri majikan dari seluruh negara bagi urusan temu duga selain mendakwa sistem yang tidak teratur mengakibatkan ada majikan yang perlu datang berulang kali untuk mendapatkan nombor giliran temu duga.
Dalam taklimat yang berlangsung hampir dua setengah jam itu, turut diutarakan cadangan mengenai temu duga yang boleh diadakan secara maya bagi tujuan penjimatan masa dan pengurangan kos.
Saravanan bagaimanapun berkata temu duga perlu diadakan secara fizikal kerana bukan semua majikan boleh dipercayai kerana terdapat insiden majikan mengemukakan lesen pihak berkuasa tempatan dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) palsu.
Sementara itu, beliau berkata pengambilan pekerja asing perlu dilakukan secara berhati-hati supaya tiada lambakan pekerja asing dalam negara seperti yang berlaku pada 2009 sehingga terdapat warga Bangladesh yang tidur tepi jalan di ibu negara.
"Kita juga dalam fasa pemulihan ekonomi dan (untuk) atasi masalah pengangguran. Jangan kita terlalu terpedaya dengan permintaan industri untuk meluluskan pekerja asing sesuka hati sebab orang menekan kita dan akhirnya warga tempatan tiada kerja," katanya.
Saravanan turut memaklumkan jumlah pekerja asing di Malaysia setakat ini adalah hampir 1.24 juta dan angka itu akan meningkat kepada 2.2 juta orang dalam masa terdekat dengan mengambil kira proses eVDR (Visa Dengan Rujukan) dan proses biometrik serta ujian kesihatan yang sedang dijalankan di negara sumber.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
![Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664971907_TBSARAVANAN.jpg)
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada Taklimat Khas Kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran di Kementerian Sumber Manusia hari ini. - Foto BERNAMA
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
![Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664971907_TBSARAVANAN.jpg)
Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri
Sesi temu duga pengambilan pekerja asing oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh diadakan di Jabatan Tenaga Kerja di setiap negeri dan bukan hanya di Putrajaya.
![Segerakan pelantikan Naib Canselor UiTM, elak persepsi negatif Segerakan pelantikan Naib Canselor UiTM, elak persepsi negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617642099_UniversitiTeknologi.jpg)
Segerakan pelantikan Naib Canselor UiTM, elak persepsi negatif
Tiga persatuan hantar surat kepada Perdana Menteri mencadangkan bagaimana isu itu dapat diselesaikan supaya tidak berpanjangan.
![Apakah isu rakyat masih isu sastera? Apakah isu rakyat masih isu sastera?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607479746_Miskinbandar.jpg)
Apakah isu rakyat masih isu sastera?
Munculnya istilah ini menghapuskan realiti lama dengan istilah klasik "miskin pedalaman".
![KLWBC 2020: Menulis momen yang tidak tertuliskan KLWBC 2020: Menulis momen yang tidak tertuliskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603602500_teho.jpg)
KLWBC 2020: Menulis momen yang tidak tertuliskan
Sekadar bacaan melihat "betapa sunyinya momen sastera di tengah bencana."
![Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591873545_ICPalsu.jpg)
Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja
Cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.
![PKP: Bakal pengantin di Perak tidak perlu hadir kursus pra perkahwinan PKP: Bakal pengantin di Perak tidak perlu hadir kursus pra perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591073518_AkmalHajiKamarudin.jpg)
PKP: Bakal pengantin di Perak tidak perlu hadir kursus pra perkahwinan
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan negeri, Mohd Akmal Kamaruddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memudahkan bakal pengantin yang belum mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Islam.