KUALA LUMPUR: Tiga persatuan dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menyelesaikan segera isu pelantikan Naib Canselor baharu universiti tersebut.
Mereka berpandangan, penangguhan lantikan Naib Canselor sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan anggota masyarakat.
“Kami telah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pandangan dan cadangan bagaimana isu itu dapat diselesaikan serta tidak berpanjangan.
“Kami menaruh kepercayaan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri untuk meneliti perkara ini, seterusnya menyampaikan nasihat yang bersesuaian supaya tindakan segera dapat diambil,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan itu dikeluarkan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), Persatuan Kakitangan Akademik UiTM (UTiMAS) dan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM).
Pada masa sama, tiga persatuan itu menegaskan, mereka tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap mana-mana calon yang memohon jawatan itu atau yang telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Pemilihan.
Malah, ujar mereka, sehingga kini, pihak mereka tidak pernah dimaklumkan secara khusus nama-nama calon tersebut.
"Namun kami percaya pemilihan Prof Dr Roziah Mohd Janor melalui proses saringan dan temu duga serta mematuhi kriteria yang ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan.
"Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan sebarang surat atau kenyataan membantah pelantikan tersebut memandangkan kami sendiri tidak dimaklumkan secara langsung siapa yang terpilih untuk menjawat jawatan tersebut," menurut kenyataan itu.
BACA: UiTM bakal terima Naib Canselor wanita pertama?
Sebelum ini, media melaporkan, pelantikan Roziah sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu ditangguhkan melalui surat bertarikh 7 Ogos lepas.
Pelantikan itu dibuat bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad melalui sepucuk surat bertarikh 2 Ogos.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dari UMNO, melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta pada 6 Ogos lalu.
Astro Awani
Wed Aug 11 2021

Ketiga-tiga persatuan menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap mana-mana calon yang memohon jawatan itu atau yang telah disenarai pendek. - Gambar hiasan

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Gunung sampah Ghazipur hampir setinggi Taj Mahal
Ghazipur menjadi salah satu tapak pelupusan sampah terbesar di dunia, dan terus menerima ratusan tan sampah dari Delhi setiap hari.
FBM KLCI: Jualan besar-besaran, apa langkah seterusnya?
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan terbesar tahun ini, melepasi paras sokongan utama 1,490-1,500. Apa yang bakal menjadi tindakan pelabur dalam keadaan semasa terutamanya dalam ketidaktentuan? Perbincangan penuh bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.

Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.

UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
UiTM menafikan dakwaan bahawa universiti itu memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lepas.

Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.

Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.

Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.

Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.

Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.

Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.