KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata, sistem kuota khas pengambilan pekerja asing perlu diteruskan bagi membolehkan sektor swasta mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia.
Persekutuan itu berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa ekonomi negara terjejas teruk akibat sekatan pergerakan yang berpanjangan disebabkan oleh COVID-19 dan banjir baru-baru ini, khususnya di Lembah Klang.
Presiden MEF Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata, pemberhentian sistem kuota akan memberi kesan kepada keperluan operasi majikan.
"Adalah amat kritikal bagi kami untuk meletakkan usaha pemulihan dengan cepat di landasan yang betul, terutamanya dengan pengumuman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini bahawa Vietnam telah mengatasi Malaysia untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di Asia Tenggara.
"MEF berpendapat bahawa kuota harus berasaskan permintaan sektor dan syarikat. Jika majikan menderita, semua dalam rantaian bekalan juga akan menderita," katanya sambil menambah bahawa buruh asing diperlukan dalam sektor-sektor tertentu.
Syed Hussain juga berkata berdasarkan data IMF mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar untuk 2020, Malaysia kini berada di kedudukan keenam dalam ASEAN. Negara Filipina dan Singapura mengatasi Malaysia pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022
Syed Hussain berkata, pemberhentian sistem kuota akan memberi kesan kepada keperluan operasi majikan. - Gambar hiasan/ Bernama
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
MEF puji kestabilan kedudukan kewangan HRD Corp
Syed Hussain berharap penemuan dalam laporan LKAN akan menjadikan HRD Corp lebih kukuh dalam tadbir urus dana.
Komunikasi antara pemain industri jamin tenaga kerja masa depan - MEF
Usaha meningkatkan kemahiran pekerja yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kecekapan bagi menghadapi gelombang teknologi yang semakin pesat memerlukan rangka strategi dan komunikasi yang jelas.
MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.
MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.
Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.
Pindaan Akta Kerja meresahkan golongan majikan - Pengarah Eksekutif MEF
Pindaan Akta Kerja 1955 dilihat memberi keuntungan kepada golongan pekerja namun meresahkan para majikan di negara ini.
Kelulusan segera pekerja asing mengurangkan kesukaran perniagaan - MEF
Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 403,869 permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen.
Gaji eksekutif dan bukan eksekutif dijangka naik 5.4 peratus pada 2023 - MEF
Gaji untuk eksekutif dan bukan eksekutif di Malaysia dijangka meningkat masing-masing sebanyak 5.44 peratus dan 5.43 peratus pada tahun 2023, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
MEF: Biar industri tentukan aturan kerja fleksibel berdasarkan keperluan perniagaan
Aturan Kerja Fleksibel (AKF) tidak sewajarnya ditentukan kepada perniagaan, sebaliknya, industri perlu membuat penetapan berdasarkan keperluan perniagaan mereka.
MEF gesa kerajaan tumpu usaha bendung COVID-19
MEF turut menggesa agar semua pihak untuk lebih mengutamakan kehidupan serta mata pencarian rakyat.