KUALA LUMPUR: Aturan Kerja Fleksibel (AKF) tidak sewajarnya ditentukan kepada perniagaan, sebaliknya, industri perlu membuat penetapan berdasarkan keperluan perniagaan mereka, demikian menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, ini disebabkan perniagaan adalah berbeza-beza di antara satu industri dengan sektor yang lain seperti pembuatan, perbankan, pelancongan dan hotel, perdagangan runcit, pembinaan, perladangan dan banyak lagi.
Beliau berkata setiap perniagaan adalah berlainan dan mempunyai struktur dan keperluan pengeluaran yang unik. Sebahagiannya berasaskan tempatan, manakala sebahagiannya lagi berasaskan antarabangsa dan ditentukan oleh peraturan dan pengawalan.
"Sehubungan itu, seseorang mesti memahami perkara ini sebelum memohon perubahan kepada sistem kerja sedia ada. Harus diakui bahawa tidak semua perniagaan berubah dan tidak semua proses boleh diubah.
"Keputusan yang muktamad benar-benar bergantung kepada industri dan keadaan perniagaan tertentu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata MEF sedia maklum bahawa, banyak organisasi yang mengguna pakai sistem bekerja baharu, selaras dengan fasa peralihan ke endemik di negara ini berkuat kuasa 1 April, 2022.
Organisasi yang berupaya mempertimbangkan pengalaman bekerja dari rumah (BDR) ketika pandemik akan menerima manfaat dari segi produktiviti perniagaan, dan syarikat yang mampan terus memikirkan strategi untuk menarik dan mengekalkan pekerja.
Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan TalentCorp, sebanyak 92 peratus pekerja berminat dengan aturan BDR yang tetap. AKF boleh meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti pekerja sekiranya dilaksanakan dengan lancar.
Sementara itu, Syed Hussain berkata, antara cabaran melaksanakan AKF adalah kekurangan komitmen daripada pihak pengurusan atasan dan kurangnya libat urus dalam kalangan pekerja yang antaranya boleh menyebabkan produktiviti yang lebih rendah.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat menyokong organisasi untuk mengamalkan dan mengekalkan AKF dengan menyediakan panduan yang jelas mengenai hak dan obligasi organisasi seperti panduan mengenai proses permohonan, menolak dan membuat rayuan berhubung AKF.
Selain itu, antara lain, fleksibiliti dan kelonggaran perlu diberikan kepada beberapa peraturan yang mungkin menjejaskan keupayaannya untuk melaksanakan kategori AKF tertentu.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata pekerja di negara ini yang ingin bekerja secara fleksibel boleh membuat permohonan AKF kepada majikan masing-masing di bawah pindaan Akta Kerja 1955 yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 Sept depan.
Awang berkata permohonan AKF perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan tempat bekerja.
Untuk maklumat lanjut, hubungi sekretariat MEF sama ada melalui talian 03-79557778, faks 03-79559008 atau emel, mef-hq@mef.org.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022

Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, ini disebabkan perniagaan adalah berbeza-beza di antara satu industri dengan sektor yang lain. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.

MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.

MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.

Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.

Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.

Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.

MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.