KULIM: Tiada keperluan untuk melanjutkan tempoh proses pengambilan pekerja asing oleh majikan yang mendaftar Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata perkara tersebut tidak perlu dilengahkan lagi memandangkan proses yang perlu dilaksanakan oleh majikan dalam pengambilan tenaga kerja asing telah dipermudahkan, antaranya tidak perlu lagi memohon visa pekerja melalui ejen.
"Apabila seorang majikan memerlukan pekerja asing, dia akan memohon kuota daripada Kementerian Sumber Manusia. Apabila kuota diluluskan dia akan membayar levi kepada imigresen, selepas itu akan mohon Visa Dengan Rujukan (VDR).
"Sekarang ini dia (majikan) yang isi (permohonan visa), lagi cepat dia isi lagi cepat dapat kerana (proses) permohonan itu hanya mengambil masa dua hari bekerja," katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan pihak majikan yang mahu kerajaan membatalkan keputusan mempercepatkan tarikh akhir pengambilan pekerja asing.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengumumkan bahawa kuota yang tidak digunakan untuk mengambil pekerja asing akan dibatalkan pada 1 Jun.
Kuota aktif untuk mengambil pekerja asing yang levi telah dibayar tetapi VDR belum dikeluarkan pada akhir Mac juga akan dibatalkan.
Dalam perkembangan lain Saifuddin menyarankan supaya kesemua program mengimarahkan masjid terutama sepanjang Ramadan ini dapat menyelitkan kesedaran berhubung isu 3R (agama, kaum, diraja).
Beliau berkata banyak hantaran yang dimuat naik oleh individu dalam laman media sosial telah menyentuh isu tersebut yang boleh diambil tindakan undang-undang jika dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Amalan hantaran dalam sosial media yang menyentuh tentang 3R itu perlu dinasihati supaya masyarakat mengambil sikap lebih berjaga-jaga, maka itu akan dapat membantu tugas polis.
"Hari ini polis mewujudkan pasukan petugas khas di bawah Bukit Aman terus. Maknanya sebarang aduan yang jatuh dalam kategori 3R ini, arahan Ketua Polis Negara adalah semua kertas siasatan mesti selesai dalam satu minggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Saifuddin bercakap pada sidang media Program Ihya Ramadhan PDRM Kedah bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini. - Foto Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada keperluan panjangkan tempoh akhir RTK 2.0 - Saifuddin
Tiada keperluan untuk melanjutkan tempoh proses pengambilan pekerja asing oleh majikan yang mendaftar Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.