SEREMBAN:Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Batang Benar, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai DSP Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 pagi di Kota Bharu, Kelantan.
"Suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Azrul Hisham berkata polis akan membuat permohonan menyambung reman terhadap dua individu yang ditahan berhubung kes sama selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.
Katanya, permohonan tersebut akan dibuat di Mahkamah Seremban hari ini.
Pada Rabu lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dipetik sebagai berkata polis telah menahan dua lelaki berusia 30-an dan 40-an, yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai dan Sungai Semenyih, Selangor, pada 6 Okt lepas.
Pada 5 Okt, Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, yang menjadi punca pencemaran di Sungai Batang Benar.
Pencemaran itu menyebabkan dua loji rawatan air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020

Terdahulu, polis telah menahan dua lelaki berusia 30-an dan 40-an, yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai dan Sungai Semenyih, Selangor, pada 6 Okt lepas. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.

Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.

Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.

Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.

Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.

JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan.

Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna
Fenomena itu berlaku susulan pembuangan bahan kimia, sisa industri dan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai.