Menurut sumber di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi Delhi, pendaratan dan pelepasan penerbangan terjejas antara 12.15 pagi hingga 1.30 pagi apabila jarak penglihatan berkurangan hampir kepada sifar.
Lapangan terbang Delhi mengeluarkan nasihat perjalanan kepada penumpang, memberi amaran kemungkinan kelewatan penerbangan dan menasihatkan mereka supaya berhubung dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pendaratan dan pelepasan penerbangan.
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara juga bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.
Seorang pegawai Kereta api India mengesahkan bahawa pergerakan sejumlah 81 kereta api keluar dan masuk dari Delhi turut terjejas akibat penglihatan yang terhad disebabkan jerebu tebal.
-- BERNAMA