KUALA LUMPUR: Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan Internet yang stabil merekodkan pencapaian memberangsangkan setakat suku keempat tahun lepas.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pencapaian itu berdasarkan perkembangan semasa inisiatif JENDELA yang berjaya melepasi nilai sasaran awal ditetapkan merangkumi aspek ketersediaan sambungan rangkaian gentian optik, liputan 4G dan kelajuan jalur lebar.
"Pencapaian setakat suku keempat adalah sejumlah 7.74 juta premis telah diliputi dengan ketersediaan sambungan gentian optik melebihi sasaran awal iaitu 7.5 juta premis. Liputan 4G di kawasan berpenduduk juga diperluas sehingga 96.92 peratus melepasi sasaran 96.9 peratus.
"Selain itu, kelajuan jalur lebar mudah alih pada kadar purata 116.03 Mbps (megabit sesaat) melebihi sasaran kelajuan 35 Mbps yang disasar untuk dicapai menjelang penghujung 2022," katanya pada Majlis Penyerahan Anugerah WSIS 2023 di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata inisiatif JENDELA juga berjaya memberi akses internet melalui satelit kepada 839 komuniti Orang Asli dan penduduk kawasan pedalaman di Sarawak, Sabah, perkampungan Orang Asli dan beberapa kawasan lain di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata laporan ringkas JENDELA bagi suku keempat 2022 akan dikeluarkan pada hujung bulan ini atau awal April.
Mengenai liputan rangkaian 5G, Fahmi berkata pelaksanaannya kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mempunyai ketersediaan rangkaian 5G menjelang hujung tahun ini.
"Pelaksanaan 5G yang pada asalnya dirancang di bawah JENDELA Fasa Dua bagi tempoh 2023 hingga 2025 juga diawalkan kepada Fasa Satu iaitu pada penghunjung 2021," katanya.
Mengenai satu lagi inisiatif baharu iaitu Broadband Pakej Perpaduan, beliau berkata perkara itu dijangka diumumkan pada 29 Mac ini dan butirannya akan dimaklumkan kelak.
Terdahulu, mengenai kejayaan JENDELA memenangi anugerah WSIS Prizes 2023 di Geneva, Switzerland, pada 14 Mac lepas, Fahmi berkata ia adalah pengiktirafan besar dunia kepada negara dan mampu menjadi dorongan kepada pihak terlibat untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat.
"Saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak terlibat iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat telekomunikasi, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang sentiasa bertungkus-lumus menjayakan inisiatif JENDELA," katanya.
Fahmi turut meminta semua pihak berkepentingan terutamanya kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan agar terus memberikan komitmen bagi memudah cara penyediaan infrastruktur digital.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
![Pencapaian JENDELA memberangsangkan setakat suku keempat 2022 - Fahmi Pencapaian JENDELA memberangsangkan setakat suku keempat 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679296007_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi (kiri) dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din bergambar bersama trofi selepas menerima anugerah "World Summit on the Information Society Prizes 2023" di sini hari ini. - Foto BERNAMA
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703927945_TBFadzliMohamadKa.jpg)
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
![JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725686953_tbTeoNieChing.jpg)
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
![U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/71460618409_Umobile.jpg)
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
![203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi 203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728557325_FahmiFadzil.jpg)
203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi
Fahmi berkata bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 2, sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti termasuk di kawasan terpencil, bukit bukau dan pulau-pulau.
![52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo 52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726906724_tapakinfrastruktur.jpg)
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.
![JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726398007_FahmiFadzil.jpg)
JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.
![Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714401089_TeoNieChing.jpg)
Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo
Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.
![JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703927945_TBFadzliMohamadKa.jpg)
JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.
![Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719727105_TeoNieChing.jpg)
Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap
Kementerian Komunikasi tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
![Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715953270_FahmiFadzil.jpg)
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.