KUANTAN: Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar generasi keempat (4G) dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, projek JENDELA 4G 1.0 yang bertujuan meningkatkan akses capaian Internet lebih baik sepatutnya siap pada Jun lepas, namun berhadapan dengan kekangan tertentu.
"Ia terbahagi dua fasa iaitu pembinaan menara dan melebarkan jaringan komunikasi oleh pihak telco untuk kegunaan serta manfaat rakyat. Saya telah menyatakan perkara ini kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) yang mengawal selia projek JENDELA.
"Sepatutnya ia siap pertengahan tahun ini, tetapi lebih masa diperlukan disebabkan kekangan tertentu misalnya perolehan tanah, kerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk pejabat hutan, JKR (Jabatan Kerja Raya) dan sebagainya, selain kita juga perlukan kelulusan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelaksanaan dan Pematuhan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) peringkat negeri Pahang, di sini, baru-baru ini.
Fadzli yakin tempoh yang berbaki enam bulan ini mencukupi untuk projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya dan boleh digunakan pada penghujung tahun ini.
Hingga Mac lepas, capaian Liputan Mudah Alih 4G bagi kawasan berpenduduk di Pahang adalah 94.42 peratus berbanding sebelum pelaksanaan JENDELA pada kadar 89.10 peratus.
"Fokus kita selepas ini adalah JENDELA 2.0 dan akan tengok kawasan mana lagi yang perlu dirangkaikan dengan menara komunikasi," katanya.
Dalam pada itu, Fadzli berkata, seminar anjuran MCMC Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang itu penting sebagai platform untuk pihak berkepentingan berdialog, berkongsi pandangan dan mencari penyelesaian terbaik demi pembangunan infrastruktur komunikasi di negeri itu.
Beliau berkata, seminar yang memberi penekanan kepada pematuhan GPP-I bertujuan membantu pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, pemaju dan pihak berkepentingan dalam perancangan penyediaan infrastruktur komunikasi.
"GPP-I yang kita bincangkan ini merupakan satu langkah strategik demi meletakkan Pahang bukan hanya berupaya menyediakan infrastruktur berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian ditetapkan demi kesejahteraan semua pihak, malah turut menjadi platform kritikal untuk pembangunan ekonomi negeri.
"Kerajaan Pahang sangat menitikberatkan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang holistik, sistematik dan menyeluruh agar keperluan pada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat negeri ini termasuk di kawasan penempatan luar bandar, kampung tradisional, tanah rancangan Felda dan kawasan pedalaman," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Fadzli berkata, projek JENDELA 4G 1.0 yang bertujuan meningkatkan akses capaian Internet lebih baik sepatutnya siap pada Jun lepas, namun berhadapan dengan kekangan tertentu. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.

JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.

U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi
Fahmi berkata bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 2, sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti termasuk di kawasan terpencil, bukit bukau dan pulau-pulau.

52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.

JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo
Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.

JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.

Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap
Kementerian Komunikasi tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.