KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Beliau berkata dengan jumlah itu, ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 81.5 peratus liputan di kawasan berpenduduk manakala daripada sudut langganan pula, angka terkini mencatatkan sebanyak 11.9 juta langganan atau 35.4 peratus.
"Pelaksanaan 5G yang pada asalnya dirancang bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2023-2025 telah diawalkan pada Fasa Satu iaitu penghujung 2021 dan kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2024 di sini hari ini.
Fahmi berkata liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah pula telah mencapai 68.4 peratus setakat suku pertama tahun ini dengan sejumlah 545 daripada 595 tapak 5G yang dirancang telah berjaya disiapkan.
Beliau berkata liputan 4G di kawasan berpenduduk pula telah diperluas hingga 96.92 peratus iaitumelepasi sasaran 96.9 peratus.
FAHMI-TAPAK 5G 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Fahmi berkata sebanyak 839 komuniti Orang Asli dan kawasan pedalaman mendapat perkhidmatan Akses Jalur Lebar Tanpa Wayar (BWA) melalui satelit di Sarawak, Sabah, perkampungan Orang Asli serta beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Beliau turut memaklumkan bahawa di bawah JENDELA Fasa Satu, sebanyak 647 menara baharu telah diperuntuk kepada Sabah termasuk 398 yang sedang giat dilaksana dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
Fahmi berkata antara faktor yang menyebabkan kelewatan menyiapkan menara itu ialah kelewatan di pihak kontraktor dan kelulusan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Beliau berkata Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan projek JENDELA siap serta berjalan lancar.
"Saya telah bertemu dengan semua pihak yang terlibat dan mereka telah memaklumkan menjelang hujung tahun ini, keseluruhan hampir 400 menara akan disiapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinfomasi Sedunia 2024 di IMAGO Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.