Ringkasan AI
- Sebanyak 52 daripada 107 menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di Johor telah beroperasi, dengan selebihnya dijangka beroperasi hujung tahun ini.
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengarahkan kontraktor dan penyedia perkhidmatan untuk memastikan semua menara beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini, menggunakan gelombang mikro atau Starlink jika sambungan fiber mengambil masa lama.
- Menara di Felda Inas yang beroperasi sejak 31 Julai memberikan liputan 1.5 km radius dan manfaat kepada 1,639 penduduk, dengan kelajuan muat turun antara 16 Mbps hingga 127 Mbps.
Beliau berkata selebihnya dijangka beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini sekali gus memberikan manfaat kepada penduduk di negeri itu untuk menikmati liputan internet dengan lebih lancar.
"Arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kepada kontraktor dan juga penyedia perkhidmatan sekurang-kurangnya hujung tahun ini semua mula beroperasi.
"Kita minta mereka ikut pelan asal tetapi jika sambungan ke fiber mengambil masa lama, sambungkan kepada gelombang mikro atau Starlink supaya penduduk dapat perkhidmatan internet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Infrastruktur Komunikasi JENDELA fasa satu di Felda Inas, di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.
Mengulas mengenai menara telekomunikasi JENDELA di Felda Inas, Teo berkata menara yang telah beroperasi sejak 31 Julai lepas itu mempunyai kira-kira 1.5 kilometer radius liputan dari tapak, memberikan manfaat kepada 1,639 penduduk di Felda itu.
"Menerusi ujian kelajuan yang dibuat, kelajuan muat turun kesemua syarikat telco lebih tinggi daripada kelajuan minimum yang kami telah tetapkan iaitu 7.7 megabit sesaat (Mbps). Kami lihat paling perlahan 16 Mbps dan paling laju 127 Mbps.
"Sebelum menara ini dibangunkan, memang liputan internet di sini kurang memuaskan tetapi sekarang kita nampak liputan 4G tiada masalah.
"Saya harap kita dapat terus menyediakan perkhidmatan internet kepada penduduk sekitar melalui inisiatif ini," kata Ahli Parlimen Kulai itu.
JENDELA bermatlamat merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar dengan menyambungkan laluan gentian optik di sembilan juta premis dengan sasaran 100 peratus liputan internet terbaik di kawasan berpenduduk dengan kelajuan melebihi 100 Mbps.
-- BERNAMA