KUALA LUMPUR: Dunia berduka apabila kehilangan seorang pemimpin yang disegani, menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri dalam pautan terbaharu di platform X berkata, pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, yang dipercayai menjadi sasaran peluru berpandu di sebuah bangunan di Tehran pada awal pagi Rabu, menyebabkan dunia berduka. 

Sehubungan itu, Pas Kelantan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ismail Haniyeh selepas ketua biro politik Hamas itu dilaporkan terkorban dalam serangan di ibu kota Iran.



Pesuruhjaya Pas, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan Ismail sebagai seorang tokoh yang sangat dihormati oleh dunia Islam atas perjuangannya untuk Palestin.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan agar Allah S.W.T memberi keselamatan kepada seluruh rakyat Palestin dan membalas rejim Zionis dengan pembalasan yang hina dan setimpal dengan perlakuan mereka.