Himpunan yang diadakan sebagai tanda solidariti bagi perjuangan pembebasan Palestin itu akan berlangsung pada pukul 8 malam.
Himpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti selepas pembunuhan pemimpin Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu serangan di Tehran, Iran pada Rabu dan perang di Gaza yang berlarutan sejak 10 bulan lalu.
Pemimpin pejuang bumi Gaza itu difahamkan berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah jawatan untuk menggantikan Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada Mei lalu.
[LAPOR LANGSUNG]: Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh di tiga masjid utama malam ini - JAKIM
Susulan kematian pemimpin tertinggi Hamas itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengadakan solat jenazah ghaib di tiga masjid utama di bawah kelolaannya selepas solat Maghrib hari ini.
Tiga masjid itu adalah Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Kematian Ismail menyusul selepas kematian tiga anak dan lima cucunya apabila kereta dinaiki mereka menjadi sasaran serangan udara Israel pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri di kem pelarian Al Shati di Gaza, April lalu.
Axiata Arena mampu memuatkan kira-kira 16,000 individu pada satu-satu masa dengan 13,000 kerusi tetap dan 3,000 kerusi mudah alih.