Langkah keselamatan ketat dilaksana untuk pengebumian Ismail Haniyeh di Doha
Pihak berkuasa Qatar melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang ketat pada Jumaat untuk memastikan keselamatan prosiding pengebumian Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, yang dibunuh di ibu kota Iran, Tehran.
Barisan panjang dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha pada waktu malam ketika orang ramai mula berkumpul untuk menghadiri pengebumian itu yang akan dihadiri oleh pemimpin dan pegawai dari banyak negara, lapor Agensi Anadolu.
BERITA PENUH DI SINI
Kerabat Diraja Qatar antara yang hadir di Tanah Perkuburan Lusail, Doha
Akses di Tanah Perkuburan Lusail agak terhad.
Selain dari keluarga Ismail, acara pengebumian berkenaan turut dihadiri kerabat Diraja Qatar.
Di saat ini, jenazah sedang dikebumikan.
Perpaduan Palestin diperkukuh di sebalik cabaran pemergian Haniyeh
Masa depan rakyat Palestin selepas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh mungkin dipenuhi dengan cabaran, namun insiden tragis sebegini sering menyatukan rakyat Palestin dan menguatkan tekad serta keazaman mereka dalam perjuangan untuk kebebasan dan kemerdekaan mereka.
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata kepimpinan Haniyeh, terutamanya sebagai Ketua Biro Politik Hamas, memainkan peranan penting dalam membentuk strategi perjuangan dan gerakan politik Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Jenazah Ismail Haniyeh tiba di Qatar
'Kamu sandaran ku' - Isteri Ismail Haniyeh
PM Anwar sertai solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Masjid Negara.
Solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus selepas Solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.
BERITA PENUH DI SINI
'Sampaikan salam buat syuhada Gaza' - Isteri Ismail Haniyeh
Jenazah pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh pada 31 Julai lalu di Tehran dilaporkan telah tiba di Doha, Qatar pada Khamis waktu tempatan.
Hadir menyambut ketibaan jenazah Ismail di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha ialah anggota Hamas termasuk bekas ketua kumpulan itu, Khaled Meshaal.
BERITA PENUH DI SINI
Jasad Ismail Haniyeh dikebumi di tanah perkuburan Lusail
Qatar akan adakan upacara pengebumian hari ini untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan di Tehran pada Rabu.
Semasa hayatnya, Ismail berpangkalan di ibu negara Qatar, Doha bersama beberapa anggota biro politik Hamas.
BERITA PENUH DI SINI.
Penduduk Lubnan puji ucapan pemimpin Hezbollah
Penduduk Lubnan menyaksikan ucapan berkobar-kobar pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah yang bersumpah akan membuat tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh.
Hassan Nasrallah mewakili kumpulan Hezbollah yang meratapi kematian komander tertingginya, Fuad Shukr, mengingatkan Israel bahawa rejim itu tidak tahu sejauh mana mereka telah melepasi garis merah.
BERITA PENUH DI SINI.
Shamsul Anuar wakil Malaysia di upacara pengebumian Ismail Haniyeh
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri pengebumian Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas yang terbunuh pada Rabu.
Beliau akan diiringi Senator Datuk Seri Mujahid Yusof dan para pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
BERITA PENUH DI SINI.
Ribuan hadiri solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh di beberapa negeri
Masjid di seluruh negara semalam mengadakan solat jenazah ghaib untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran pada Rabu.
Selain masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), solat jenazah ghaib turut diadakan di beberapa negeri sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis.
BERITA PENUH DI SINI.
Jasad Ismail Haniyeh disemadi di Qatar hari ini
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang mati dibunuh dalam serangan oleh Israel di Tehran, Iran pada Rabu akan disemadi di Doha, Qatar hari ini.
Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Republik Islam Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.
BERITA PENUH DI SINI.
Jasad Ismail Haniyeh tiba di Doha
Jasad Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh tiba di Doha, Qatar sebelum upacara pengebumian berlangsung pada Jumaat.
Anggota Hamas, termasuk bekas ketua kumpulan, Khaled Meshaal dilihat berdiri di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi menyambut keranda.
BERITA PENUH DI SINI.
Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh
Kerajaan Turkiye mengisytiharkan negara itu berkabung pada Jumaat berikutan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh oleh rejim Zionis.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dalam catatan di akaun media sosial miliknya berkata hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI.
Himpunan Pembebasan Palestin platform terbaik kukuh solidariti bersama penduduk Gaza
Himpunan Pembebasan Palestin Ahad ini akan menjadi platform terbaik untuk Malaysia memberi isyarat jelas kepada masyarakat antarabangsa mengenai sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan penduduk di Gaza.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata himpunan yang bakal berlangsung di Arena Axiata itu juga akan menjadi simbol ketegasan dan rasa amat marah rakyat negara ini yang mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh.
BERITA PENUH DI SINI
Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Kenyataan tegas daripada Kementerian Luar dan Jemaah Menteri sudah cukup membuktikan ketegasan Malaysia dalam mengutuk pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Ismail Haniyeh wakili suara rakyat Palestin di seluruh dunia - Speaker Iran
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh mewakili suara seluruh warga Palestin yang berada di seluruh pelosok dunia.
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf menyifatkan Allahyarham Ismail sebagai seorang pemimpin yang amat bijak.
BERITA PENUH DI SINI
AS, EU adakan perbincangan untuk elakkan konflik berskala besar
Para diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) sedang mengadakan perbincangan segera untuk mengelakkan ancaman peperangan berskala penuh di Asia Barat selepas pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, di Tehran, lapor Sputnik yang memetik laporan dari Financial Times yang menyebut sumber-sumber.
Timbalan Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik EU, Enrique Mora mengadakan perundingan dengan pegawai-pegawai di Tehran pada Rabu, manakala Penyelaras Rumah Putih bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Brett McGurk, mengadakan perbincangan di Arab Saudi.
BERITA PENUH DI SINI
"Hipokrasi Barat jijik, memualkan" - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan perasaan sedih dan marah ke atas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh pada Rabu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu kekal sebagai peringatan betapa hinanya Israel dan pihak-pihak yang menyokong rejim Zionis itu sebagai hipokrit dan pengganas yang sebenar.
BERITA PENUH DI SINI
'Semua bangsa membawa keranda Ismail Haniyeh hari ini' - Khalil Al-Hayya
cara penghormatan terakhir untuk Pemimpin Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menguatkan solidariti semua bangsa dalam mengibar bendera jihad untuk membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah Zionis.
Ini ucapan Timbalan Ketua Hamas di Gaza, Khalil Al-Hayya dalam ucapan beliau ketika acara yang dihadiri ribuan rakyat Iran pada Khamis.
Pembunuhan Ismail di tangan Zionis di Tehran, Iran turut meningkatkan kebimbangan mengenai prospek kejayaan rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Iran tegaskan berhak bertindak balas atas pembunuhan Ismail Haniyeh
Iran mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis membunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di negara itu dan menegaskan haknya yang tidak boleh disangkal untuk bertindak balas sewajarnya terhadap tindakan biadab berkenaan yang mencabuli kedaulatan dan integriti wilayahnya.
BERITA PENUH DI SINI
Acara penghormatan terakhir buat Ismail Haniyeh sedang berlangsung di Tehran
Pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh oleh rejim Zionis sedang berlangsung di Tehran pada Khamis, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan memimpin solat jenazah.
BERITA PENUH DI SINI
Himpunan Solidariti Palestin di Axiata Arena Ahad ini
Satu Himpunan Solidariti Palestin akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, pada Ahad ini.
Himpunan yang diadakan sebagai tanda solidariti bagi perjuangan pembebasan Palestin itu akan berlangsung pada pukul 8 malam.
BERITA PENUH DI SINI
Iran beri penghormatan terakhir untuk Ismail Haniyeh
Iran hari ini berkabung.
Acara penghormatan terakhir Pemimpin Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu pada awal pagi Rabu sedang berlangsung di Tehran, Iran.
Timbalan Ketua Hamas di Gaza, Khalil al-Hayya mengetuai acara berkenaan yang dihadiri ribuan
"Negara hari ini mengibarkan bendera jihad dan rintangan terhadap terhadap pembebasan Palestin dan Baitulmaqdis," kata al-Hayya.
"Berbekalkan harapan untuk negara kita, dan jiwa kental Palestin, kami pasti pembunuhan ini akan menyemarakkan kemarahan terhadap entiti Zionis buat seluruh dunia," tambahnya,
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global, yang mewujudkan ancaman tercetus peperangan serantau di Asia Barat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata seluruh barisan kepimpinan serta rakyat Malaysia bersolidariti bersama rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Haniyeh.
BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Penghormatan terakhir Ismail Haniyeh di Tehran
JAWI saran masjid dan surau laksana solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat jenazah ghaib selepas solat Maghrib pada malam ini, 1 Ogos 2024.
Ini bagi mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran pada Rabu.
BERITA PENUH DI SINI.
Ucapan takziah Muhyiddin kepada Ismail Haniyeh di Facebook diturunkan tanpa sebab oleh Meta
Pengendali akaun Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Meta Platforms Inc (Meta) telah menurunkan hantaran ucapan takziah bekas Perdana Menteri itu kepada Allahyarham Ismail Haniyeh.
"Tiada maklumat lanjut diberikan," kata pengendali akaun berkenaan dalam kemas kini pada Khamis.
BERITA PENUH DI SINI.
Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh di tiga masjid utama malam ini - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, di tiga masjid utama negara, malam ini.
Solat jenazah ghaib itu diadakan selepas solat maghrib di Masjid Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
BERITA PENUH DI SINI
Peringatan PM Anwar buat Meta: "Usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!"
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas terhadap Meta Platforms Inc (Meta) agar tidak menjadi bacul dan perkakas kepada rejim zalim Zionis Israel.
Peringatan itu dikeluarkan Perdana Menteri susulan tindakan Meta menurunkan video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh.
BERITA PENUH DI SINI.
Pembunuhan Ismail Haniyeh tidak akan berlaku tanpa kebenaran AS - Iran
Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara terbuka menyalahkan Amerika Syarikat (AS) di atas kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Wakil Tetap Iran ke PBB, Saeed Iravani dalam ucapannya pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB pada Rabu, bahkan turut mendakwa, pembunuhan Ismail juga tidak mungkin berlaku tanpa kebenaran AS dan sokongan perisikan.
BERITA PENUH DI SINI.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Majlis keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu mengenai pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Tehran.
Menurut Agensi Anadolu, Rusia, yang kini memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan berkata mesyuarat itu akan berlangsung pada pukul 4 petang waktu tempatan.
BERITA PENUH DI SINI.
China tegas menentang, mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
Wakil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) China memulakan ucapan dalam mesyuarat tergempar majlis itu pada Rabu mengenai pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Duta Besarnya, Fu Cong berkata, China dengan tegas menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.
BERITA PENUH DI SINI.
White House "tidak boleh mengesahkan" laporan Ismail Haniyeh terbunuh di Iran
Jurucakap keselamatan negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby berkata, White House "tidak dapat mengesahkan " laporan daripada Hamas bahawa pemimpin politik kumpulan itu, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan Israel di ibu negara Iran, Tehran.
Beliau bagaimanapun mengakui, kematian Ismail semalam dan komander kanan Hezbollah, Fu'ad Shukr di selatan Beirut pada Selasa "sudah tentu tidak membantu meredakan suhu (ketegangan) ketika ini."
BERITA PENUH DI SINI.
AS akan usahakan gencatan senjata di Gaza walaupun Ismail Haniyeh sudah tiada - Blinken
Amerika Syarikat (AS) akan berusaha untuk mendapatkan gencatan senjata di Semenanjung Gaza walaupun selepas kematian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Rabu, lapor Sputnik.
Terdahulu pada hari yang sama, pergerakan Palestin Hamas mengesahkan kematian Ismail akibat serangan Israel ke atas tempat penginapannya di ibu negara Iran.
BERITA PENUH DI SINI.
Diplomat Iran beri amaran, Israel akan bayar "harga yang mahal" atas pembunuhan Ismail Haniyeh
Israel akan membayar "harga yang mahal" untuk pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di bumi Iran, kata diplomat kanan Iran, Abbas Araghchi dalam satu hantaran di akaun X pada Rabu.
Abbas dijangka menjadi Menteri Luar Negeri di bawah pentadbiran Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, menurut laporan media kerajaan IRNA.
BERITA PENUH DI SINI.
Dua wartawan Al Jazeera terbunuh dalam serangan Israel di Gaza City
Dua wartawan Al-Jazeera terbunuh dalam serangan Israel di Gaza City.
Mangsa Ismail al-Ghoul dan jurukamera Ramy El Rify terkorban ketika membuat liputan penggambaran rumah Ismail Haniyeh
Kematian baharu itu meningkatkan kepada 165 jumlah wartawan Palestin yang terbunuh akibat tembakan Israel sejak 7 Okt.
Respons Iran ialah satu operasi khas - Misi Tetap Iran ke PBB
Misi Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam satu pautan di laman X berkata, "respons Iran terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh akan menjadi operasi khas - lebih keras dan si pelaku akan menyesal kerana ianya terjadi".
Presiden Iran berikrar bahawa Israel akan menyesal dengan aksi pengecut. Sementara itu, Pemimpin Agung Khamenei berkata pembalasan terhadap pembunuhan Ismail kini menjadi fokus utama Tehran.
PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Susulan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, Perikatan Nasional menggesa kerajaan segera memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi menyatakan ketetapan tegas Malaysia dalam konflik Palestin.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
BERITA LANJUT DI SINI
Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan seorang pemimpin yang disegani, menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri dalam pautan terbaharu di platform X berkata, pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, yang dipercayai menjadi sasaran peluru berpandu di sebuah bangunan di Tehran, Iran pada awal pagi Rabu, menyebabkan dunia berduka.
BERITA PENUH DI SINI
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Israel sedang bergerak ke arah kegelapan – Briged al-Qassam
Tindakan membunuh Pemimpin dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di tengah-tengah ibu kota Iran, bakal mengalihkan pertempuran ke dimensi baharu, dan akan mewujudkan tindak balas besar-besaran di seluruh wilayah.
Jurucakap Briged al-Qassam dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, rejim Zionis telah tersalah langkah dengan mengembangkan skop keganasan mereka dan membunuh pemimpin-pemimpin gerakan di arena yang berlainan, serta mencabul kedaulatan negara serantau.
BERITA PENUH DI SINI
AS tidak terlibat dalam pembunuhan Ismail Haniyeh - Blinken
Amerika Syarikat tidak terlibat atau mengetahui mengenai insiden pembunuhan pemimpin Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Perkara itu didedahkan Setiausaha AS, Antony Blinken dalam satu temu bual bersama Channel News Asia sempena lawatan dua hari beliau ke Singapura untuk US-Singapore Critical and Emerging Technology (CET) Dialogue di Republik Singapura.
"AS tidak terlibat dan tahu menahu mengenai insiden itu. Sukar untuk membuat spekulasi," katanya.
Ismail Haniyeh akan dikebumi di Doha pada Jumaat
Jenazah Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh akan dibawa ke Doha, Qatar selepas majlis penghormatan terakhir di Tehran yang dijadual pada Khamis sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.
Memetik portal Al Jazeera, kumpulan Hamas dalam kenyataan pada Rabu, berkata selepas majlis penghormatan terakhir berlangsung di ibu negara Iran itu, jenazah Ismail kemudian akan dikebumikan di ibu negara Qatar pada Jumaat.
BERITA PENUH DI SINI
Israel jalankan 'siasatan penilaian'
Israel mendakwa masih menjalankan siasatan penilaian situasi berhubung pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh dalam serangan yang berlaku pada Rabu.
Memetik portal Tehran Times, tentera rejim Zionis itu dalam kenyataan ringkas enggan mengulas lanjut berhubung serangan tersebut, yang dikaitkan dengan Israel.
BERITA PENUH DI SINI
Tindakan paling terkutuk, cubaan gagalkan gencatan senjata - PM Anwar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh merupakan perbuatan yang terkutuk dan paling keji, direka untuk mengagalkan perbincangan gencatan senjata, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut, yang jelas telah merencatkan perancangan untuk menghentikan penindasan di Gaza yang sehingga kini telah meragut 40,000 nyawa rakyat Palestin.
ARTIKEL DI SINI
Jemaah Menteri mahu pembunuh Ismail Haniyeh dibawa ke muka pengadilan - Fahmi
Jemaah Menteri Malaysia menggesa siasatan segera dilakukan terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Menerusi satu kenyataan, Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri juga mahu pihak bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.
BERITA PENUH DI SINI
Kematian Ismail Haniyeh kehilangan besar dunia Islam - Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh sebagai satu kehilangan besar buat dunia Islam.
Dalam satu hantaran di X, Ahmad Zahid memberitahu pemergian Ismail tidak akan memudarkan semangat perjuangan Islam malah ia akan membangkitkan lagi gelora perjuangan generasi penerus demi kebebasan rakyat Palestin.
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin dunia kutuk pembunuhan Ketua Politik Hamas Ismail Haniyeh
Pembunuhan pemimpin Hamas dan ketua biro politik Ismail Haniyeh mencetuskan kecaman meluas daripada pemimpin dan pegawai di seluruh dunia.
Hamas mengumumkan awal Rabu bahawa ketua biro politiknya terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, menurut laporan media antarabangsa.
BERITA PENUH DI SINI
Siasat segera insiden pembunuhan Haniyeh - Wisma Putra
Malaysia menggesa siasatan segera dan menyeluruh dilakukan terhadap insiden pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan seorang pegawai peribadinya.
Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi satu kenyataan pada Rabu menegaskan, mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan.
BERITA LANJUT DI SINI
Ismail Haniyeh individu tenang, tidak mudah keluar kata keji - MyCARE
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh disifatkan sebagai individu yang tenang dan tidak mudah mengeluarkan kata-kata keji kepada pihak lawannya iaitu pihak Zionis.
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkongsi pengalaman pertemuan pada 2012 memaklumkan Allahyarham cukup tenang berdepan ujian ketika kehilangan ahli keluarga termasuk kakak, anak-anak dan cucunya.
Pemergian Ismail Haniyeh satu kehilangan besar khususnya umat Islam yang cintakan perjuangan pembebasan Palestin - Dr Dzullkifli
https://twitter.com/drzul_albakri/status/1818556281978077283
Gugurnya seorang pejuang ummah - Zahid
481464
Houthi Yaman sifatkan pembunuhan Ismail sebagai 'jenayah pengganas'
Mohammed Ali al-Huthi, ahli biro politik Houthi, berkata pembunuhan pemimpin Hamas itu adalah "jenayah pengganas yang kejam" dan "satu pelanggaran undang-undang dan nilai ideal yang terang-terangan".
Peluru berpandu udara sasarkan Ismail Haniyeh pada awal pagi: Laporan
Media Iran melaporkan bahawa pemimpin Hamas telah dibunuh oleh “peluru berpandu udara” yang mengenai kediamannya di utara ibu kota Tehran tempat beliau menginap.
Menurut laporan, serangan tersebut berlaku sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan (22:30 GMT pada hari Selasa) di sebuah kediaman khas untuk veteran tentera di utara bandar itu.
Tiada perubahan dalam nasihat keselamatan untuk orang awam Israel
Tentera Israel berkata tiada perubahan pada panduan keselamatan untuk orang awam Israel.
“Pada masa ini, [tentera] sedang menjalankan penilaian situasi. Jika sebarang perubahan diputuskan, kami akan mengemas kini orang awam dengan segera,” kata tentera dalam satu catatan di media sosial.
AS mahu berusaha redakan ketegangan di Asia Barat
AS berkata perang di Asia Barat boleh dielakkan dan pihaknya berusaha ‘menurunkan ketegangan’
Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, menjawab soalan wartawan mengenai kemungkinan peningkatan ketegangan di rantau itu berikutan laporan pembunuhan Haniyeh pada hari Rabu, serta dakwaan Israel yang mengatakan mereka membunuh seorang komander Hezbollah di Beirut pada hari Selasa.
“Saya tidak fikir perang adalah sesuatu yang pasti. Saya berpendapat bahawa masih ada ruang dan peluang untuk diplomasi,” kata Austin, menambah bahawa AS akan “bekerja keras untuk memastikan kita melakukan perkara yang membantu menurunkan ketegangan.”
Ditanya sama ada beliau boleh mengesahkan maklumat mengenai serangan yang membunuh Haniyeh, Austin berkata: “Saya tidak mempunyai maklumat tambahan untuk diberikan," katanya dilaporkan Al Jazeera.
Rusia sifatkan 'pembunuhan politik yang tidak boleh diterima’
Rusia menyifatkan pembunuhan pemimpin Hamas sebagai ‘pembunuhan politik yang tidak boleh diterima’, lapor RIA
Pembunuhan ketua pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, adalah "pembunuhan politik yang sama sekali tidak boleh diterima," kata timbalan menteri luar negeri Rusia kepada agensi berita negara RIA Novosti pada Rabu.
"Ini adalah pembunuhan politik yang sama sekali tidak boleh diterima, dan ia akan membawa kepada peningkatan ketegangan yang lebih lanjut," kata Mikhail Bogdanov seperti dilapor Al Jazeera.
Israel berada di ambang kehancuran - Jihad Islamik Palestin
Timbalan Setiausaha Agung kumpulan Jihad Islamik Palestin, Muhammad al-Hindi, memberitahu stesen TV Lebanon, Al Mayadeen:
"Pembunuhan ini bukan sahaja ditujukan kepada penentangan Palestin dan Hamas khususnya, tetapi juga kepada Iran.
"Israel berada di ambang kehancuran, dan tindak balasnya mencerminkan kekeliruan dan ketidakmampuan untuk mencapai mana-mana matlamatnya.
"Israel menghadapi penentangan seperti ini buat pertama kalinya dalam sejarahnya," lapor Al Jazeera.
Jihad Islamik Palestin adalah sekutu Hamas dan turut serta dalam serangan pada 7 Oktober di Israel.
Turki anggap Israel tolak keamanan, Iran ikrar tak sia-siakan 'darah yang tumpah'
Pembunuhan kejam pemimpin tertinggi Hamas, Ismai Haniyeh mendapat reaksi keras daripada Kerajaan Turki.
Kementerian Luar Turki dalam kenyataan pada Rabu mengutuk pembunuhan tersebut, dengan menegaskan serangan itu bertujuan untuk menyebarkan perang di Gaza pada peringkat serantau.
BERITA LANJUT DI SINI
Pembunuhan Ismail Haniyeh bangkit perjuangan baharu Palestin - Serantau Muslim
Kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh akan menjadi faktor kebangkitan seluruh dunia dalam menentang kejahatan Zionis Israel.
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim), Dr Muhamad Azrin Omar berkata, semangat dan perhatian dunia terhadap Palestin sedikit kendur kebelakangan ini disebabkan kelicikan Zionis menormalisasikan kezaliman serta pembunuhan.
BERITA LANJUT DI SINI
Mahmoud Abbas kutuk pembunuhan terhadap Ismail Haniyeh
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh – Reaksi penganalisis politik
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Reaksi penganalisis sejarah Asia Barat
Mahmoud Abbas kecam pembunuhan Haniyeh, seru rakyat Palestin bersatu
Mahmoud Abbas kecam pembunuhan Haniyeh, seru rakyat Palestin bersatu
Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas, mengecam pembunuhan Ismail Haniyeh, menyifatkannya sebagai tindakan pengecut dan perkembangan yang berbahaya, lapor agensi berita Wafa.
Abbas juga menyeru rakyat Palestin “untuk bersatu, bersabar, dan teguh dalam menghadapi pendudukan Israel,” kata Wafa.
Tentera Israel enggan ulas pembunuhan Ismail Haniyeh
Agensi berita AFP melaporkan bahawa tentera Israel enggan mengulas mengenai laporan media asing tentang pembunuhan Ismail Haniyeh.
Pembunuhan Haniyeh tidak akan dibiarkan tanpa balasan- Hamas
Pembunuhan Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’, kata pegawai Hamas
Pembunuhan Ismail Haniyeh adalah “tindakan pengecut yang tidak akan dibiarkan tanpa balasan”, kata pegawai kanan Hamas Moussa Abu Marzouk seperti yang dipetik oleh Al-Aqsa TV yang dikendalikan oleh Hamas.
BERITA LANJUT DI SINI
Hamas sifatkan pembunuhan Ismail Haniyeh burukkan keadaan
Jurucakap kanan Hamas menyifatkan pembunuhan Ismail Haniyeh sebagai 'memburukkan keadaan dengan lebih serius’.
Jurucakap kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, menyifatkan pembunuhan pemimpin itu sebagai "mencetuskan keadaan lebih serius yang tidak akan mencapai matlamatnya," lapor agensi berita Reuters.
Zuhri juga dilaporkan berkata bahawa Hamas akan melancarkan “perang terbuka untuk membebaskan Baitulmuqaddis” dan kumpulan itu “bersedia membayar pelbagai harga” untuk melakukannya, menurut laporan media tempatan.
Kenyataan Hamas mengatakan Haniyeh terbunuh dalam "serangan pengkhianat Zionis" di kediamannya di ibu kota Iran, Tehran. Kerajaan Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan itu.
Menteri Israel meraikan pembunuhan Ismail Haniyeh
Menteri Warisan Israel Amichai Eliyahu berkata pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, "menjadikan dunia lebih baik".
"Tiada belas kasihan untuk manusia ini," tulis Eliyahu dalam catatan di X.
BERITA LANJUT DI SINI
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh – Reaksi Penganalisis Sejarah Asia Barat
Jakim laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh
Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menunaikan solat jenazah ghaib susulan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh oleh rejim Zionis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.
BERITA LANJUT DI SINI
[TERKINI] Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Hamas berkabung
Breaking: #Hamas movement in a press statement: “Hamas mourns to the sons of our great Palestinian people, to the Arab and Islamic nation, and to all the free people of the world, the martyr, the Mujahid Ismail Haniyeh, the head of the movement, who died as a result of a… pic.twitter.com/TfPuMVkRaa
— Palestine Info Center (@palinfoen) July 31, 2024
Ismail Haniyeh syahid dalam serangan di kediamannya - Laporan
Breaking: The head of the political bureau of the Hamas movement, the Mujahid Commander Ismail Haniyeh, was martyred in a treacherous Zionist bombing that targeted his residence in Tehran. pic.twitter.com/5EGjCRsNGN
— Palestine Info Center (@palinfoen) July 31, 2024
Ismail Haniyeh dibunuh di Iran
Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
BERITA LANJUT DI SINI