SEMENYIH: Umat Islam di negara ini berpeluang untuk mengaji al-Quran secara bersanad dengan ulama Mesir, Syeikh Hasan Abdul Ghani Mohammad Abu Sittah yang merupakan pemegang sanad al-Quran ke-30 daripada Rasulullah SAW.
Penganjur dan juga pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Ab Kadir Jailani berkata pihaknya akan menganjurkan program Jelajah Bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani bermula bulan ini hingga April termasuk sepanjang Ramadan ini dan ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin memantapkan bacaan al-Quran.
"Syeikh Hasan Abdul Ghani yang kami bawa ini adalah pemegang sanad al-Quran ke-30 bermaksud generasi ke-30, iaitu ilmu al-Quran dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi lain tanpa gagal sedikit pun.
"Jadi, adalah pentingnya kita kembali ke tradisi keilmuan bersanad supaya dapat memberikan ketepatan ilmu al-Quran itu sendiri kepada pengamalnya dan menjadikan bacaan al-Quran itu lebih baik dan betul, terutama bacaan al-Fatihah yang merupakan rukun dalam solat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Muhammad Amar berkata program Jelajah Bersanad itu bukan hanya tertumpu di masjid sahaja, tetapi juga akan diadakan dengan penglibatan pelbagai anggota badan beruniform dan juga jabatan kerajaan seperti anggota bomba, pegawai penjara dan juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pada masa sama, Muhammad Amar berkata pihaknya merancang untuk mengadakan program khas 24 jam bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani pada 15 April ini di Semenyih Ecoventure Resort And Recreation.
"Sesiapa sahaja boleh datang untuk menyemak dan membaiki bacaan al-Quran 24 jam bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani pada hari itu dengan dibantu anak muridnya yang diiktiraf, kita hanya mengehadkan pada waktu makan dan solat sahaja," katanya dan menambah setiap individu akan diberikan sijil sanad.
Selain itu, Muhammad Amar berkata BeDaie yang merupakan madrasah digital menawarkan kelas al-Quran dalam talian dan menjawab kemusykilan berkaitan agama, turut mempunyai 10,000 guru agama bersiap sedia untuk datang ke rumah bagi mempelajari agama di seluruh negara.
Beliau berkata antara khidmat yang ditawarkan secara fizikal dan bersemuka di rumah ialah mengajar al-Quran, Feqah, Tassawuf dan Tauhid yang sesuai untuk seisi keluarga selain silibus dipelopori pihaknya yang telah mendapat tauliah antaranya daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Beliau berkata selain menyediakan sajian untuk bersahur dan iftar, pihaknya turut mengadakan aktiviti tadarus al-Quran, pengajian agama, solat tarawih, Qiamulail dan mengadakan aktiviti riadah kepada sesiapa yang mengambil tempahan menginap di tempat reakreasi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Program khas 24 jam bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani akan diadakan pada 15 April ini di Semenyih Ecoventure Resort And Recreation. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lebih 70 peratus murid Tabika Pra-Tahfiz kuasai lebih 10 surah - KP KEMAS
Lebih 70 peratus daripada hampir 60,000 murid Tabika Pra-Tahfiz di seluruh negara berjaya menguasai lebih 10 surah pendek (Juz Amma) al-Quran pada tahun lepas.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.

MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.

Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.

Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.

Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.