KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan tersilap apabila beranggapan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhasrat untuk menjadikan bekas setiausaha eksekutifnya Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly sebagai 'kambing hitam' (scapegoat) bagi kesilapan diri sendiri, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Peguam pembelaan Hamidi Mohd Noh berkata memang terdapat bukti menunjukkan 'masalah' (mess) yang dilakukan Mazlina, yakni saksi pendakwaan ke-90 (SP90) sebagaimana yang digambarkan semasa pemeriksaan balas dalam perbicaraan Ahmad Zahid yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
"Sekiranya mahkamah ini melangkah lebih jauh dalam menentukan kredibilitinya sebagai saksi, pihak pembelaan mengatakan bahawa Mazlina bukan saksi yang boleh dipercayai kerana pernyataannya yang tidak konsisten, kelemahannya dalam mengingat dan menggambarkan peristiwa lepas serta sikapnya semasa pemeriksaan balas.
"Oleh karana ada bukti yang kukuh bahawa Mazlina tidak kompeten, pihak pembelaan mendesak mahkamah ini untuk memeriksa bukti-bukti beliau dengan hati-hati dan perasaan curiga, dan untuk melihat bukti serta memastikan bahagian mana dari bukti itu yang menuduh tertuduh dapat diterima.
"Bukan niat kami untuk menjadikannya kambing hitam, kami juga tahu daripada pihak pendakwaan bahawa dia adalah penyebab semua ini," katanya dalam hujah di penghujung kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Hamidi berkata pihak pembelaan berhujah bahawa tindakan mencabar kecekapan Mazlina dibuat berasaskan bahawa adalah menjadi tugasnya untuk mengurus perkara-perkara berhubung kewangan Yayasan Akalbudi dan tertuduh.
"Mazlina seharusnya secara konsisten dalam mengingati perjalanan tugasnya. Oleh itu kejahilan dalam tindakannya yang sesuai dengan peranannya, tidak seharusnya memihak kepadanya. Pihak pendakwaan mengabaikan hakikat bahawa Mazlina mengaku bahawa dia tahu cap tanda tangan hanya boleh digunakan untuk tanda tangan sijil secara pukal dan kad ucapan perayaan sahaja. Walaupun tahu perkara itu Mazlina dengan cuai menggunakan cap tanda tangan untuk cek," kata peguam itu sambil menambah bahawa pihak pendakwaan nampaknya mengabaikan beberapa bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan.
Hamidi berhujah bahawa anak guamnya itu seorang yang sangat sibuk dan dia membiarkan setiausaha eksekutifnya (Mazlina) menangani hal ehwal kewangannya.
Menyentuh soal pertuduhan pecah amanah melibatkan RM10 juta yang diberikan kepada Armada Holdings Sdn Bhd, peguam itu berkata syarikat berkenaan telah memulangkan wang (RM10 juta) bersama dengan faedah berjumlah RM69,722.65 kepada Yayasan Akalbudi yang dimiliki Ahmad Zahid.
Oleh itu katanya tuduhan pecah amanah terhadap tertuduh tidak terpakai.
Berhubung tuduhan pecah amanah melibatkan penggunaan dana Yayasan Akalbudi untuk menderma RM1.3 juta kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM), peguam itu berkata berdasarkan bukti SP19 (Datuk Zul Hisham Zainal), niat di sebalik pemberian cek itu semata-mata bagi tujuan derma kepada Persatuan Bola Sepak PDRM, terutama bagi membayar gaji pemain bola sepak yang memerlukan bantuan kewangan.
"Tidak ada pecah amanah sekiranya semua pemegang amanah yang lain tahu mengenai sumbangan itu dan tidak membantah terhadap pembayaran kepada Bola Sepak PDRM," katanya.
Hakim Sequerah kemudiannya berkata niat penuh derma itu seharusnya bertujuan 'membasmi kemiskinan' yang merupakan objektif utama Yayasan Akalbudi.
Hamidi menjawab memang tujuan itu adalah membasmi kemiskinan, kerana ia merujuk kepada sekumpulan pemain bola sepak yang belum mendapat gaji mereka untuk sekian lama, sekali gus membasmi kemiskinan pemain bola sepak.
Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan - 12 melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 atas dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Pihak pembelaan akan meneruskan hujah mereka esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan - 12 melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 atas dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Gambar/ Astro AWANI / Shahir Omar

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.