Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini mempersoal mengapa Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) tidak mengambil tindakan ke atas kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi secara haram di Sungai Lembu di sini sejak 10 tahun lepas walaupun kilang itu tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Timbalan Presidennya Datuk Huan Cheng Guan berkata berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, MPSP telah beberapa kali menolak permohonan kilang itu untuk beroperasi di kawasan berkenaan termasuk yang terbaru pada 23 Nov lepas.
"Berdasarkan maklumat, pemilik tanah itu tidak pernah memohon untuk menukar status tanah yang dikategori sebagai pertanian kepada industri malah mereka (pemilik kilang) juga tidak menghantar pelan kerja tanah, pelan parit serta laporan penilaian kesan awal kepada alam sekitar untuk membina kilang di situ.
"Pada 23 Nov lepas, MPSP telah mengarahkan kilang itu ditutup tetapi sehingga semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu, ia masih beroperasi. Saya pelik mengapa MPSP tidak mengambil sebarang tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan demonstrasi aman membantah kewujudan kilang haram di Sunga Lembu itu.
Beliau berkata orang ramai digesa untuk terus membuat laporan kepada SPRM jika mempunyai maklumat berhubung aktiviti kilang yang beroperasi secara haram.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata banyak kilang haram yang berselindung di sebalik status tanah pertanian wujud di kawasan Seberang Perai.
Beliau berkata pihaknya juga sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan lokasi berstatus tanah pertanian di sekitar Seberang Perai yang dibangunkan sebagai kawasan perusahaaan dan akan mendedahkan lebih banyak maklumat kepada SPRM berhubung salah laku pihak tertentu yang melindungi industri kilang haram.
"Kami berterima kasih kepada SPRM kerana menyiasat perkara itu memandangkan isu ini sudah lama dibangkitkan penduduk setempat namun tiada tindakan diambil," katanya.
Semalam, SPRM mengambil beberapa dokumen dari pejabat MPSP di Bandar Perda di sini bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi secara haram di atas tanah berstatus tanah pertanian di Sungai Lembu sejak 10 tahun lepas.
Hari ini SPRM mengunjungi pejabat exco kerajaan negeri Phee Boon Poh di Komtar dan merampas beberapa dokumen dipercayai berkaitan siasatan kes itu serta menahan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri itu ketika memberi keterangan di pejabat SPRM negeri bagi membantu siasatan kes itu.
Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah dua pengarah syarikat yang juga pemilik kilang berumur 70 dan 37 tahun.
Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR Dr Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2017

Huan Cheng Guan berkata berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, MPSP telah beberapa kali menolak permohonan kilang itu untuk beroperasi di kawasan berkenaan. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Terowong: Bicara saman syarikat terhadap Huan, Utusan bermula 29 Okt
Consortium Zenith, syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong bernilai RM6.34 bilion itu, memfailkan saman terhadap Huan dan syarikat penerbitan media Utusan Melayu (M) Bhd pada 11 Ogos 2016.

PCM pertikai tiada tindakan ke atas kilang haram
Orang ramai digesa untuk terus membuat laporan kepada SPRM jika mempunyai maklumat berhubung aktiviti kilang yang beroperasi secara haram.

Tidak perlu ugut PM sebelum dapat penjelasan - PCM
Datuk Huan Cheng Guan berkata, tiada keperluan berbuat demikian sebaliknya biarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang beri penjelasan dahulu.

Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang
Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk bertanding dalam pemilihan parti DAP negeri, Ahad ini.

Siasat dakwaan konspirasi tokoh politik tempatan, termasuk Tun Mahathir - PCM
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan membuat satu laporan polis terhadap sebuah laman web setelah mendakwa terdapat konspirasi membabitkan beberapa tokoh politik tempatan.

Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula
Proses pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor telah bermula pukul 8 pagi ini di 17 pusat pembuangan undi.

Ahli DAP digesa sertai PCM jika tidak puas hati dengan parti itu
Datuk Huan Cheng Guan menggesa mana-mana anggota DAP yang tidak berpuas hati dengan parti itu supaya menyertai beliau.

Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau kesal apabila mengetahui terdapat segelintir ahli politik memburukkan polis dalam ceramah kempen mereka.

Calon PRK Bukit Gelugor, PCM nafi proksi BN
Datuk Huan Cheng Guan, 53, menafikan bahawa parti itu adalah proksi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Ahli PAS umum bertanding PRK Bukit Gelugor, mahu perjuang hudud
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.