Seorang anggota PAS cawangan Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohamed Nabi Abd Sathar hari ini mengumumkan pencalonan beliau untuk Pilihan Raya Kecil DUN Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.
Mohd Nabi Bux berkata dia akan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu menjelang 2020 sekiranya dipilih sebagai ahli parlimen nanti.
Dia yang pertama kali berhasrat bertanding dalam pilihan raya juga berharap presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat memberi “lampu hijau” kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.
“Saya bertanding atas dasar PAS dan Islam dan saya impikan yang hudud dapat dilaksanakan di Pulau Pinang menjelang 2020. Saya memohon kebenaran Datuk Seri presiden PAS, saya merayu untuk membenarkan saya bertanding di sini dan jika tidak dibenarkan, saya akan bertanding atas tiket bebas,” katanya ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di Weld Quay siang tadi.
Sementara itu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan turut mengumumkan hari ini yang beliau akan bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor nanti.
Huan membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabatnya di Air Itam, pada Jumaat.
Sejajar dengan keputusannya itu, Huan memaklumkan akan membentangkan manifesto pilihan raya dan slogannya pada hari penamaan calon, Isnin ini.
Huan berkata, keputusan untuk bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor dibuat bukan atas kepentingan peribadi sebaliknya ianya berlandaskan pengalamannya dalam bidang politik selama ini.
“Saya di sini mengumumkan bahawa saya akan bertanding di Parlimen Bukit Gelugor sebagai calon di bawah PCM iaitu sebuah parti yang bebas. Sekiranya YB Lim Guan Eng dapat jawab lima soalan yang saya tanya, saya bersedia untuk menarik balik keputusan saya daripada bertanding dalam Parlimen Bukit Gelugor.
“Lima daripada soalan yang saya tanya beliau, dua daripadanya merupakan soalan yang pernah ditanya oleh mendiang Karpal Singh sendiri dimana Lim Guan Eng tidak pernah menjawab soalan-soalan itu,” kata Huan.
Walau bagaimanapun, Huan tidak menafikan bahawa pertandingan kali ini amat sengit apatah lagi bagi sebuah parti kecil dan bebas seperti PCM.
Namun jelasnya, beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai bekas Naib Presiden GERAKAN dan Ahli Parlimen Batu Kawan sejak 2004 hingga 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Bukit Gelugor.
Katanya, jentera pilihan raya juga telah bersiap sedia untuk menghadapi kempen pilihan raya dan sudah mula turun padang untuk berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor.
Turut mengumumkan pencalonannya hari ini adalah anggota PAS Mohamed Nabi Bux Mohamed Nabi Abd Sathar.
Mohd Nabi Bux berkata dia akan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu menjelang 2020 sekiranya dipilih nanti.
“Saya mengimpikan pelaksanaan hudud menjelang 2020. Satu undi buat saya adalah satu undi buat hudud,” katanya ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di Weld Quay siang tadi.
Dua lagi calon dari Barisan Nasional dan DAP dijangka akan diumumkan hujung minggu ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh penamaan manakala 25 Mei ditetapkan untuk hari pengundian PRK Parlimen Bukit Gelugor.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, di Kampar, Perak pada 17 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu, Karpal Singh dari DAP memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.
Astro Awani
Fri May 09 2014
Mohd Nabi Bux berkata dia akan memperjuangkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu menjelang 2020 sekiranya dipilih nanti.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang
Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Mansuh tol motosikal, permulaan hapuskan tol - Guan Eng
Pemansuhan tol motosikal di tiga laluan yang berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan (PH).
Label Pemuda UMNO gengster, Ramkarpal, Ahli Parlimen pertama diarah keluar Dewan
Arahan tersebut dikeluarkan selepas Ramkarpal Singh enggan tarik balik label 'gengster' yang digunakannya terhadap Pemuda UMNO.
Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan syarat menjadi pengundi di Pulau Pinang sebelum dapat membeli rumah di negeri di bawah pentadbiran pembangkang itu sebagai suatu yang pelik.
PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden
PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
DAP berjaya kekalkan kerusi parlimen Bukit Gelugor
Ramkarpal yang telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 37,659 , meraih jumlah undi sebanyak 41,242.
PRK Bukit Gelugor: Keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 8 malam
Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi tadi.