Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini memberi amaran kepada ahli politik supaya tidak mempertikai tugas polis dalam menjaga keselamatan awam sepanjang tempoh pilihan raya kecil Bukit Gelugor.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau kesal apabila mengetahui terdapat segelintir ahli politik memburukkan polis dalam ceramah kempen mereka.
"Mereka kata polis pilih kasih dan hanya bekerja untuk parti tertentu. Ini tuduhan tidak berasas. Tanggungjawab polis mengekalkan keamanan, kami ada strategi sendiri, mengapa nak pertikai tugas polis?," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia Penggal Kelapan di sini Selasa.
Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer dalam ceramahnya di Kampung Hijau, Air Itam pada Ahad lepas mengatakan polis bersifat pilih kasih apabila tidak hadir ketika majlis pengebumian mendiang Karpal Singh namun memberi tumpuan khas pada pilihan raya kecil itu.
Abdul Rahim menggesa calon yang bertanding mengamalkan sikap berhemah semasa berkempen dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan aman.
Beliau berkata sempena hari pengundian awal esok, 96 polis dan 48 tentera akan mengundi di empat kawasan iaitu Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu Batu Uban, Balai Polis Air Itam, Balai Polis Bandar Baru, Air Itam dan KD Sri Pinang.
Pilihan raya kecil Bukit Gelugor Ahad ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Abu Backer Sidek dan seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP.
Bernama
Tue May 20 2014
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi. --gambar fail
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Abu Backer tarik diri kerana sudah 'menang' di Bukit Gelugor
Gara-gara kecewa dengan sistem pilihan raya di negara ini, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan sah menarik diri dari bertanding hari ini.
Ahli politik diberi amaran tidak pertikai tugas polis
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau kesal apabila mengetahui terdapat segelintir ahli politik memburukkan polis dalam ceramah kempen mereka.
PRK Bukit Gelugor: Hanya tiga laporan polis diterima, satu libatkan calon
Salah satu laporan diterima melibatkan seorang calon yang bertanding susulan kenyataan berbaur perkauman pada hari penamaan calon 12 Mei lalu.
PRK Bukit Gelugor: Calon PCM janji tidak mahu jadi seperti Guan Eng
Parti Cinta Malaysia lancarkan manifesto bertemakan 'Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan' dengan menggariskan sepuluh isu utama.