Proses pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor telah bermula pukul 8 pagi ini di 17 pusat pembuangan undi.
Tempat-tempat pembuangan undi yang terlibat adalah SMK Air Itam Jalan Thean Teik, SK Seri Indah Jalan Thean Teik, SJK (C) Kong Min (Cawangan 2) Jalan Paya Terubong, SK Seri Relau Jalan Paya Terubong, SJK (C) Kong Min (Cawangan 1) Jalan Balik Pulau, SJK (C) Chiao Nan Jalan Thean Teik, SK Seri Aman, SK Ayer Itam, SMK Chung Ling Kampong Baru, SM Chung Ling (Persendirian) Jalan Air Itam, SMK Georgetown Lorong Batu Lanchang, SK Batu Lanchang, SM Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian Island Park, SMK Hamid Khan Lorong Delima Lapan Island Glades, SK Bukit Gelugor, SMK Datuk Hj. Mohd. Nor Ahmad Gelugor dan SK Sungai Gelugor.
Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor pada Ahad ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.
Ia menyaksikan persaingan antara calon DAP Ramkarpal Singh Deo, Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Bagaimanapun semalam, Abu Backer telah mengumumkan akan 'menarik diri' dari bertanding gara-gara kononnya kecewa dengan sistem pilihan raya di negara ini.
Namun menurut Pemangku Pengarah Pilihan Raya negeri, Azizal Ahmad, penarikan Abu Backer adalah tidak sah kerana nama calon bertanding telah dicetak pada kertas undi.
Keempat-empat calon selama tempoh berkempen telah menyatakan keyakinan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil ini.
Keyakinan tersebut juga disuarakan oleh Ramkarpal yang yakin mampu menang dengan majoriti besar pada hari pilihan raya kecil ini, sekaligus berhasrat meneruskan legasi penyandang kerusi parlimen Bukit Gelugor sebelum ini, iaitu ayahnya sendiri, Karpal Singh.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh, yang juga merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP dalam kemalangan lebuh raya pada 17 April lalu.
Pusat-pusat undian akan ditutup pada jam 5.00 petang dan keputusan dijangka diumumkan seawal jam 9.00 malam.
Haider Yutim
Sun May 25 2014
![Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400978825_295x200.jpg)
Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400978825_295x200.jpg)
Proses mengundi di Bukit Gelugor bermula
Proses pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor telah bermula pukul 8 pagi ini di 17 pusat pembuangan undi.
![Bukit Gelugor: Calon bebas rempuh kereta Guan Eng, pura-pura kena langgar Bukit Gelugor: Calon bebas rempuh kereta Guan Eng, pura-pura kena langgar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400576155_120x90.jpg)
Bukit Gelugor: Calon bebas rempuh kereta Guan Eng, pura-pura kena langgar
Abu Backer Sidek Mohamad Zan, mencetuskan drama di perkarangan DUN Pulau Pinang apabila berpura-pura dilanggar kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.