KUALA LUMPUR:Kalangan ejen hartanah mengunjurkan pasaran hartanah Sabah mencatat pemulihan lekuk V yang ketara seawal 2021 dan berterusan pada tempoh-tempoh berikutnya.
Laporan Tinjauan dan Indeks Hartanah Sabah Juwai IQI Bagi Suku Keempat (Q4) 2020 turut mengunjurkan harga dan sewaan kediaman di Sabah akan menjejaki trend nasional dengan pembeli rumah pertama menjadi pemacu aktiviti tersebut.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Juwai IQI Kashif Ansari berkata syarikat itu mendapati berbanding trend di peringkat nasional, Sabah sebaliknya mempunyai lebih banyak golongan pembeli pertama serta pembeli tempatan lain namun kekurangan pelabur tempatan dan pembeli asing.
Adalah dianggarkan 39 peratus daripada transaksi rumah baharu di Sabah bagi separuh pertama 2020 membabitkan kalangan pembeli rumah pertama negeri itu berbanding 34 peratus di seluruh negara.
Kelompok pembeli tempatan lain pula merangkumi 27 peratus daripada transaksi rumah baharu Sabah berbanding 25 peratus di peringkat seluruh negara.
"Ini satu petunjuk positif kerana menggambarkan bahawa pembeli rumah pertama ini sudah memasuki pasaran Sabah pada kadar jauh lebih pantas berbanding pembeli dan pelabur asing.
"Sebanyak 63 peratus ejen harta tanah menjangkakan pembeli pertama tempatan ini dapat mencatat jumlah transaksi lebih tinggi di Sabah pada tahun-tahun mendatang," katanya kepada Bernama.
Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada unjuran di peringkat nasional yang mencecah 58.7 peratus.
Menurut laporan itu, walaupun pembeli pertama itu merangkumi 28 peratus daripada transaksi pembelian rumah baharu di Sabah bagi suku pertama 2020, angka tersebut meningkat kepada 39 peratus pada suku ketiga iaitu hampir dua bagi setiap lima transaksi.
Pembeli pertama adalah satu-satunya kumpulan pembeli yang diunjur mencatat lebih banyak transaksi belian pada tahun akan datang.
Selain itu, kalangan ejen juga menjangkakan harga hartanah Sabah akan susut 7.4 peratus pada tahun depan sebelum meningkat semula 9.4 peratus pada 2022.
Mereka juga mengunjurkan harga di peringkat kebangsaan susut 4.8 peratus tahun depan sebelum pulih pada 2022 dengan pertumbuhan sebanyak 10.6 peratus.
Dalam pada itu, sewaan kediaman di Sabah dijangka susut lebih dua kali ganda berbanding peringkat kebangsaan dan negeri itu dijangkakan mengalami penurunan sewaan sebanyak 7.4 peratus berbanding 4.8 peratus di peringkat nasional.
Namun pada 2022, sewaan di peringkat nasional diunjur menokok 10.6 peratus manakala di Sabah dijangka meningkat 9.4 peratus.
Selain itu, Kashif berkata di sebalik cabaran dihadapi pasaran hartanah, faktor COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbukti telah mengubah tanggapan orang ramai mengenai bagaimana serta lokasi kediaman mereka.
"Hakikat bahawa pembeli pertama tempatan bertindak meningkatkan bahagian mereka dalam urus niaga hartanah membuktikan minat serta keinginan untuk memiliki kediaman dan berasa selamat.
"Ia juga menunjukkan bahawa pakej rangsangan kerajaan untuk menyokong kumpulan ini terbukti berkesan. Kerajaan telah memudahkan lagi usaha pembeli pertama ini memiliki rumah sendiri menerusi pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (HOC)," katanya.
Menurut Kashif, faktor pandemik itu serta kesukaran ekonomi turut memberi peluang kepada kalangan pembeli rumah pertama merealisasikan impian mereka pada harga lebih rendah selain mendapat ganjaran lain ditawarkan pemaju yang memberi kelebihan dari segi nilai tambah.
Laporan indeks itu menjejaki unjuran industri untuk harga, penyewaan dan aktiviti pasaran berkaitan.
Ini merupakan laporan industri pertama berdasarkan pengetahuan pasaran membabitkan 344 ejen hartanah yang menyertai tinjauan tersebut.
Juwai IQI mengendalikan hartanah jenama super Asia, IQI dan Juwai Ltd, khusus bagi membolehkan penduduk rantau ini Asia menjadi pembeli hartanah global.
IQI merupakan rangkaian hartanah di Asia Tenggara dan Timur Tengah dengan jaringan lebih 15,000 ejen jualan dan sekutunya di 15 negara dan membabitkan jualan hartanah bernilai US$1 bilion pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020

Harga hartanah Sabah dijangka susut 7.4 peratus pada tahun depan sebelum meningkat semula 9.4 peratus pada 2022. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Sektor hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh pada 2025 - Rahim & Co
Abdul Rahim berkata, dengan sokongan kerajaan yang berterusan pasaran hartanah dijangka terus berkembang.

Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.

Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan prestasi bursa serantau yang turut mencatatkan kenaikan kecil.

Pasaran hartanah Malaysia dijangka stabil tahun ini
Keadaan membabitkan hartanah siap tidak terjual dijangka bertambah baik pada tahun ini.

Lebih 100,000 transaksi aktiviti pasaran hartanah bernilai RM57.15 bilion suku ketiga 2023
Aktiviti pasaran harta tanah pada suku ketiga 2023 menunjukkan pertumbuhan positif dengan mencatatkan 108,955 transaksi bernilai RM57.15 bilion.

Pasaran hartanah kekal kukuh walaupun OPR naik - Rehda Malaysia
Datuk NK Tong berpendapat, orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi.

Pasaran hartanah domestik cenderung untuk lebih positif pada 2023 - Savills Malaysia
Savills berkata dengan pentadbiran kerajaan baharu, diharapkan ada sokongan yang lebih baik untuk penyelesaian yang kukuh.