PETALING JAYA: Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Dalam ucaptama bersempena dengan Persidangan Perumahan Serantau Rehda Institute 2024 di sini hari ini, beliau berkata Malaysia mencatatkan 399,000 transaksi hartanah bernilai kira-kira RM200 bilion pada 2023, pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus dari segi jumlah dan 9.9 peratus dalam nilai ringgit.
Sejak pentadbiran kerajaan Madani, hartanah tidak terjual yang telah siap atau lambakan hartanah telah menyusut iaitu kurang daripada 24,000 unit berbanding 37,066, peningkatan lebih 40 peratus.
"Kami menjangkakan prestasi mantap pasaran hartanah pada 2024. Ini akan membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar," katanya sambil memaklumkan saham hartanah telah meningkat, dengan sebahagiannya melebihi 600 peratus dalam tempoh 12 bulan lepas.
Pada majlis itu, Nga turut menyaksikan pelancaran laporan "Rumah Mampu Milik II - Merapatkan Jurang: Pendekatan Strategik untuk Mengimbangi Bekalan dan Permintaan" oleh Rehda Institute.
Rehda Institute adalah kumpulan pemikir bebas industri yang memfokuskan kepada penyelidikan dan pendidikan berkaitan perumahan. Ia merupakan cabang latihan, pendidikan dan penyelidikan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia.
Menurut Nga, Malaysia telah mempunyai daya menarik dalam kalangan ekspatriat, dengan bilangan permit kerja yang dikeluarkan oleh imigresen kepada ekspatriat berkemahiran tinggi meningkat kepada 154,115 pada 2023 berbanding 110,819 pada 2022.
Beliau berkata pertambahan 40 peratus ini menunjukkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Mengenai "Housing Integrated Management System (HIMS) atau Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan yang mula beroperasi pada 31 Jan 2022, Nga berkata sistem itu diwujudkan untuk memudahkan pelaksanaan urusan.
Ini termasuk memohon lesen pemaju, menghasilkan perjanjian jual beli elektronik, mengemaskinikan projek perumahan dan isu pematuhan.
"Maklumat mengenai projek perumahan berlesen telah dikemas kini dengan lancar hampir mengikut masa nyata daripada HIMS kepada TEDUH (Sistem Bank Data Perumahan) untuk membantu pembeli dan orang ramai membuat tindakan susulan mengenai status projek, daripada ketersediaan unit/harga sehingga status pembinaan.
"Langkah ini membolehkan individu untuk membuat keputusan termaklum, mengecilkan pencarian mereka dan mengurangkan masa yang diperuntukkan untuk mencari hartanah," kata Nga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Sejak pentadbiran kerajaan Madani, hartanah tidak terjual yang telah siap atau lambakan hartanah telah menyusut iaitu kurang daripada 24,000 unit berbanding 37,066, peningkatan lebih 40 peratus. - Gambar hiasan

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Sektor hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh pada 2025 - Rahim & Co
Abdul Rahim berkata, dengan sokongan kerajaan yang berterusan pasaran hartanah dijangka terus berkembang.

Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.

Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan prestasi bursa serantau yang turut mencatatkan kenaikan kecil.

Pasaran hartanah Malaysia dijangka stabil tahun ini
Keadaan membabitkan hartanah siap tidak terjual dijangka bertambah baik pada tahun ini.

Lebih 100,000 transaksi aktiviti pasaran hartanah bernilai RM57.15 bilion suku ketiga 2023
Aktiviti pasaran harta tanah pada suku ketiga 2023 menunjukkan pertumbuhan positif dengan mencatatkan 108,955 transaksi bernilai RM57.15 bilion.

Pasaran hartanah kekal kukuh walaupun OPR naik - Rehda Malaysia
Datuk NK Tong berpendapat, orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi.

Pasaran hartanah domestik cenderung untuk lebih positif pada 2023 - Savills Malaysia
Savills berkata dengan pentadbiran kerajaan baharu, diharapkan ada sokongan yang lebih baik untuk penyelesaian yang kukuh.