KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan prestasi bursa serantau yang turut mencatatkan kenaikan kecil.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.25 mata untuk ditutup kepada 1,539.27 daripada paras penutup 1,538.02 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 1.08 mata kepada 1,539.10, bergerak antara jajaran 1,537.03 dan 1,547.10 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 536 berbanding 426, manakala 461 kaunter tidak berubah, 837 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 3.32 bilion unit bernilai RM2.56 bilion daripada 4.82 bilion unit bernilai RM3.09 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga mencatatkan kenaikan kecil untuk ditutup tinggi sedikit apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu perkembangan daripada sesi tahunan National People's Congress China.
Kongres itu bertujuan untuk meningkatkan ekonomi kedua terbesar dunia itu, menangani cabaran dalam pasaran hartanah dan menstabilkan pasaran kewangan, katanya
Selain itu, di dalam negara, Thong berkata penilaian positif broker saham terhadap ekuiti Malaysia kekal utuh, disokong oleh pendapatan korporat yang kukuh dan keadaan ekonomi yang bertambah baik.
"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,540-1,570 bagi minggu ini dengan paras rintangan segera pada 1,570 dan paras sokongan pada 1,534," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 15 sen kepada RM9.60 dan CIMB meningkat 11 sen kepada RM6.45 manakala Public Bank berkurangan enam sen kepada RM4.30, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM11.20 dan Petronas Chemicals jatuh lima sen kepada RM6.88.
Dalam kalangan kaunter cergas, TWL Holdings dan Hong Seng Consolidated tidak berubah masing-masing pada 3.5 sen dan 1.5 sen, manakala Harvest Miracle Capital dan Widad Group susut satu sen setiap satu masing-masing kepada 14 sen dan 11 sen dan Jaks Resources berkurangan dua sen kepada 15.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 6.79 mata kepada 11,417.10, Indeks FBMT 100 meningkat 9.54 mata kepada 11,084.31, Indeks FBM 70 menokok 15.41 mata kepada 15,400.13, Indeks FBM ACE susut 10.00 mata kepada 4,750.36 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 28.06 mata kepada 11,443.49.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 78.30 mata kepada 17,253.53, Indeks Perladangan naik 72.24 mata kepada 7,296.10, Indeks Tenaga menokok 4.11 mata kepada 913.76 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.09 mata kepada 175.69.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.93 bilion unit bernilai RM2.32 bilion daripada 3.29 bilion unit bernilai RM2.83 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran susut kepada 786.11 juta unit bernilai RM102.03 juta daripada 931.75 juta unit bernilai RM125.0 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 589.15 juta saham bernilai RM134.95 juta daripada 579.47 juta saham bernilai RM131.61 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 219.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (382.62 juta); pembinaan (147.23 juta); teknologi (282.01 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (143.21 juta); hartanah (351.76 juta); perladangan (59.08 juta); REITs (15.70 juta), dana tertutup (198,100); tenaga (137.40 juta); penjagaan kesihatan (43.69 juta); telekomunikasi dan media (38.11 juta); pengangkutan dan logistik (33.64 juta); dan utiliti (71.38 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 1.08 mata kepada 1,539.10, bergerak antara jajaran 1,537.03 dan 1,547.10 sepanjang hari dagangan. - Gambar fail/Bernama

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.