PETALING JAYA: Pasaran hartanah Malaysia kekal kukuh walaupun kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Malaysia.
Presiden Rehda Datuk NK Tong berkata akan ada kesan sampingan di tengah-tengah persekitaran inflasi terutamanya selepas sektor hartanah dibuka selepas tiga tahun pandemik.
"Bagaimanapun, saya fikir orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi. Jadi saya rasa pelaburan dalam hartanah masih lagi menguntungkan.
"Kami melakukan tinjauan setiap enam bulan dan keputusan yang keluar pada Februari untuk akhir 2022 menunjukkan kebanyakan pemaju lebih optimistik mengenai separuh kedua 2023," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rehda di Wisma Rehda hari ini.
Tong ketika mengulas mengenai harga simen bersubsidi berkata, langkah kerajaan mengurangkan harga simen bagi pemaju yang membina rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah merupakan inisiatif terpuji dalam menggalakkan pembeli memiliki rumah pertama mereka.
Pemaju telah giat membina rumah mampu milik selama hampir 50 tahun dengan majoriti daripada perumahan itu dibina oleh ahli-ahli Rehda.
Rehda Malaysia berpandangan sudah tiba masanya untuk pemain industri berkaitan menawarkan inisiatif dalam usaha menjadikan perumahan lebih mampu milik.
"Mekanisme itu masih perlu diusahakan. Pemaju ingin tahu berapa banyak yang sebenarnya dapat kita jimat daripada diskaun yang diberikan kepada simen?
"Adakah ia berbeza-beza bergantung kepada sama ada iabya adalah hartanah strata disebabkan terdapat lebih banyak konkrit dan simen yang terlibat berbanding harta tanah," katanya lagi.
Pada 18 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan inisiatif itu berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) serta kumpulan berpendapatan 40 pertengahan (M40) kerana ia akan menyaksikan pengurangan maksimum RM5,000 dalam harga rumah bergantung kepada jenis dan harga rumah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Menurut Datuk NK Tong, akan ada kesan sampingan di tengah-tengah persekitaran inflasi terutamanya selepas sektor hartanah dibuka selepas tiga tahun pandemik. - Gambar hiasan/Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.

Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.

BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.

FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.

Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.

OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.

Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.