KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menghantar surat tunjuk sebab pada 27 September lalu kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) mengenai tindakannya untuk menaikkan harga sebahagian produknya.
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.
Tambah Fuziah, ini bagi memastikan tindakan itu tidak melanggari sebarang akta kawalan harga dan anti pencatutan.
"Kita akan tunggu jawapan dia. Kita tak boleh sekat (tindakan) mereka naik harga tu, tapi kita boleh dapatkan maklumat kenapa mereka naikkan harga, dan kita kena pastikan bahawa tiada pelanggaran akta pencatutan, dan ini tugas pihak KPDN.
"Pencatutan ini maknanya luar biasalah dia punya kenaikan tu, jadi kita perlu pastikan tak ada pencatutan.
"Kalau 'justify' memang harga import mahal, harga 'landed' mahal, dan kos pengeluaran kos itu ini, memang KPDN akan kira di setiap peringkat," kata Fuziah ketika ditemui media pada Sesi Walkabout Program Jualan Rahmah Bergerak DUN Tanjung Lumpur di sini pada Khamis.
Fuziah juga mengalu-alukan langkah syarikat itu tidak menaikkan harga 28 produknya termasuk roti putih, roti gandum penuh, dan roti Toast'em.
Pada 26 September lalu, Gardenia mengesahkan 30 produknya akan mengalami kenaikan harga di antara 10 sen hingga 40 sen mulai Ahad ini.
Antara produk yang mengalami kenaikan harga ialah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Toffee dan Red Beans, Quick Bites Cream Rolls, Numee Yellow Noodle, dan Numee Keluarga.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Sep 28 2023

FUZIAH: Kita akan tunggu jawaban dia. Kita tak boleh sekat (tindakan) mereka naik harga tu, tapi kita boleh dapatkan maklumat kenapa mereka naikkan harga. -Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.

Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.

KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.

Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.

MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.

Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.

Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.