Ringkasan AI
- Jaminan Stok Mencukupi: KPDN memastikan stok barangan keperluan asas mencukupi untuk negeri-negeri yang dilanda banjir.
- Lesen Khas untuk Pemborong: KPDN telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong untuk menambah stok hingga 30% sebagai persediaan menghadapi banjir.
- Persediaan Awal: Persediaan telah dibuat sejak dua bulan lalu untuk memastikan bekalan tidak terputus walaupun negeri seperti Kelantan terjejas teruk oleh banjir.
Timbalan Menterinya Dr Fuziah Salleh berkata KPDN telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong untuk menambah stok bekalan keperluan hingga 30 peratus sebagai persediaan sekirannya banjir berlaku hingga menyebabkan kemasukan bekalan terputus.
"Kita telah membuat persediaan sekurang-kurangnya dua bulan lepas dan seperti sekarang kita tahu Kelantan seolah-olah terkepung kerana banjir dan sukar untuk bekalan masuk. Tapi tidak perlu bimbang kerana mereka di sana (pemborong) sudah bersedia dengan stok yang kita percaya mencukupi.
"Jadi tidak akan timbul isu bekalan dari Kuala Lumpur untuk sampai negeri-negeri yang mengalami banjir atau dijangka mengalaminya terputus kerana bekalan sudah siap sedia berada dalam kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gudang baharu penyimpanan tong komposit gas petroleum cecair (LPG) ACGas Cawangan Melaka di Kawasan Perindustrian Tasik Utama Ayer Keroh di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz.
Media melaporkan keadaan banjir semakin memburuk dengan mangsa terkini mencecah 73,390 orang daripada 22,669 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor setakat pagi ini.
-- BERNAMA