KUANTAN: Qari dari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur malam ini dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi manakala Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu diumum sebagai johan menunggu bagi kategori qariah.
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Naib johan qari disandang oleh Abdul Hadi Che Ab Halim dari Terengganu manakala naib johan qariah oleh Nadhrah Ahmad Marzuki dari Negeri Sembilan yang menerima wang tunai RM15,000 dan RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Tempat ketiga kategori dimenangi oleh Mohamad Syaheed Sabri, qari dari Pahang dan qariah dari Terengganu Nor Jannah Ab Rahman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Bagi acara hafazan 30 juzuk beserta tafsir kategori hafiz dimenangi Muhammad Rifae'i Mat Zuki dan Putri Aminah Mohd Hanif bagi kategori hafizah manakala bagi hafazan 20 juzuk, Muhammad Asyraf Amir dari Johor dan Fatihatul Badriyah Mohd Abd Latif Hilmi dari Selangor dinobatkan sebagai pemenang.
Kategori hafazan 10 juzuk pula menyaksikan peserta Melaka Abdullah Afif Mohd Ariffin dan Aisyah Nabihah Noor Hisham dari Negeri Sembilan diumum sebagai pemenang manakala johan keseluruhan tahun ini disandang oleh Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Hakimah Mohd Yusoff mengumumkan semua pemenang di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.
Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
MTHQK 2024, program anjuran JAKIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei dan menampilkan 110 peserta dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
![Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716914165_TBHASSANALTILAWAH.jpg)
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan hadiah kepada Johan Qari Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M, Mohd Husaini Mahmur. - Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716914165_TBHASSANALTILAWAH.jpg)
Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
![APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil' APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716637832_AnugerahPerdanaBel.jpg)
APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.
![Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655481504_MajlisTilawahdanH.jpg)
Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Dengan kemenangan itu kedua-duanya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta cenderamata dan sijil penyertaan.
![Penuntut Malaysia juara pertandingan pidato umum dunia Penuntut Malaysia juara pertandingan pidato umum dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621132554_PavitCoran.jpg)
Penuntut Malaysia juara pertandingan pidato umum dunia
Pavit, penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka yang mewakili ESUM, menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada finale.
![Enam pelajar sekolah luar bandar di Besut menang anugerah antarabangsa Enam pelajar sekolah luar bandar di Besut menang anugerah antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606167101_Pelajar.jpg)
Enam pelajar sekolah luar bandar di Besut menang anugerah antarabangsa
Pelajar SMK Kuala Besut muncul johan pertandingan akhir 'Kid Witness News Global Summit 2020' dengan mengalahkan dua pesaing lain dari Jepun dan Vietnam.
![UIAM johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26 UIAM johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572828159_debat.jpg)
UIAM johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26
Muhammad Wafi Anwar, mahasiswa tahun satu Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, diumum sebagai pendebat terbaik, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah termasuk wang tunai RM2,000.
![CEO Bank Islam letak jawatan CEO Bank Islam letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71497366499_KhairulKamarudin.jpg)
CEO Bank Islam letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd, Khairul Kamarudin telah meletak jawatan pada Jumaat.
![Ozlynn cerita kisah malam pertama bersama Johan Ozlynn cerita kisah malam pertama bersama Johan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487944757_Jozlynnhanania.jpg)
Ozlynn cerita kisah malam pertama bersama Johan
Ozlynn mendedahkan perangai sebenar Johan, berdasarkan pengalamannya pada malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri.
![Johan berang maklumat peribadi didedah pihak tidak bertanggungjawab Johan berang maklumat peribadi didedah pihak tidak bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478164545_JohanEra.jpg)
Johan berang maklumat peribadi didedah pihak tidak bertanggungjawab
Penyampai radio Erm FM, Johan meluahkan rasa kecewa apabila maklumat peribadinya didedahkan pihak tidak bertanggungjawab.
![Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/71414678345_295x200.jpg)
Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak
Mahkamah rayuan kekalkan ganti rugi RM100,000 kepada Johan Raja Lawak yang menyaman pengarah filem dan drama dan syarikatnya bagi kecederaan dialami penghibur itu.