BESUT:Enam pelajar sekolah luar bandar berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa dalam penghasilan video pendek.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut itu muncul johan pertandingan akhir 'Kid Witness News (KWN) Global Summit 2020' dengan mengalahkan dua pesaing lain dari Jepun dan Vietnam.
Pengetuanya Amran Ibrahim berkata pelajar tersebut rata-ratanya anak kampung dari pelbagai latar belakang keluarga dan salah seorangnya adalah anak pemandu bot di Pulau Perhentian, malah kisah pelajar tersebut menjadi jalan cerita penghasilan video itu.
“Berkat kesungguhan pelajar yang turut disokong warga guru telah melayakkan pasukan itu mewakili negara ke pertandingan peringkat akhir yang sepatutnya berlangsung di Osaka, Jepun.
"Namun disebabkan penularan COVID-19, ia dipertandingkan secara dalam talian sahaja dan keputusannya diumumkan semalam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Amran berkata penyediaan video telah dibuat sejak tahun lalu dan ia dipertandingkan di peringkat kebangsaan terlebih dahulu sebelum layak ke peringkat antarabangsa serta mengalahkan 150 video dari negara lain, sehinggalah ke peringkat akhir bersama Jepun dan Vietnam.
“Kami mempertaruhkan video pendek berjudul ‘Mark Roso: The Island Boy’. Mengisahkan kehidupan seorang pelajar bernama Muhammad Nasrur Afdie Marzuki, 17, yang membantu keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu bot di pulau peranginan pada hujung minggu dan cuti sekolah.
"Walaupun dalam serba kekurangan, pasukan tersebut mampu menyiapkan video itu dalam tempoh sebulan dengan hanya menggunakan telefon bimbit,” katanya.
Tambah beliau, KWN adalah program pendidikan video global yang disokong oleh Panasonic, bertujuan meningkatkan kreativiti dan kemahiran komunikasi serta memupuk kerja berpasukan melalui penghasilan video oleh pelajar sekolah menengah dan rendah.
Selain Muhammad Nasrur, pelajar lain yang menyertai pertandingan tersebut ialah tiga pelajar Tingkatan 5 iaitu Muhammad Afiq Mohd Ridzuan, Umar Hamzah dan Nik Muhammad Izzul Iman Nik Mawardi diikuti dua pelajar kembar Tingkatan 2, Mohamad Aqib Azfar Mohamad Azhar dan Mohamad Aqif Azfar.
Untuk rekod, SMK Kuala Besut sebelum ini pernah muncul johan dalam pertandingan Kempen Kesedaran Nuklear Antarabangsa di Korea Selatan dan menjadi jemputan ikon dunia di Kongres Kesedaran Nuklear di St. Petersburgh, Rusia pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020
Pelajar SMK Kuala Besut (dari, kiri) Mohamad Aqib Azfar, Nik Muhammad Izzul Iman, Mohamad Aqif Azfar, Umar dan Muhammad Afiq muncul johan KWN Global Summit 2020 dengan mempertaruhkan video pendek berjudul 'Mark Roso: The Island Boy'. --fotoBERNAMA
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kosong' ilmu nuklear tidak halang pelajar SMK Kuala Besut lakar sejarah
Safyyah Muhammad Nasir, 16, Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani, 17, membuktikan keupayaan apabila menjuarai Pertandingan Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear, 30 Mei.