JOHOR BAHRU: Qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan Sofizah Mousin, qariah dari Selangor masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M yang diumumkan di Pusat Islam Iskandar, di sini malam ini.
Dengan kemenangan itu kedua-duanya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Naib johan pula disandang Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir qari dari Pulau Pinang dan qariah Sarrul Munirah Haris dari Melaka, yang masing-masing menerima RM10,000, wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga disandang oleh Azraie Abdul Hak dari Melaka serta qariah Nurul Syafiqah Nardi dari Perak dan masing-masing menerima RM7,500, tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.
Acara hafazan 30 juzuk untuk hafiz, Abdullah Ulwan Ismail dari Kelantan dinobatkan sebagai pemenang, diikuti Shahrul Hanifi Shahrul Yusri dari Negeri Sembilan ditempat kedua dan Ahmad Huzaifah Ahmad Fauzi dari Selangor tempat ketiga.
Nurjahidah Hadirah Alliar@Ilyas dari Johor pula diumumkan sebagai pemenang bagi hafizah, diikuti Asma' Insyirah Salleh Sani dari Negeri Sembilan ditempat kedua dan Athirah Salihah Al-Azmi dari Wilayah Persekutuan ditempat ketiga.
Johan membawa pulang wang RM12,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta piala iringan, sementara naib johan RM8,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, tempat ketiga RM6,500 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta sagu hati pula sebanyak RM2,000.
Acara hafazan 20 juzuk bagi hafiz pula menyaksikan Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan dari Johor muncul sebagai pemenang, diikuti Muhammad Adib Ahmad Rozaini dari Perak ditempat kedua dan Ahmad Adil Luqman Nor Ismail dari Selangor tempat ketiga.
Bagi hafizah, Nurul Husna Abdul Aziz dari Kedah diumumkan sebagai pemenang, diikuti tempat kedua Auni Nasuha Md Noh dari Negeri Sembilan dan Aqilah Sulhi Ahmad Rozaini dari Perak ditempat ketiga.
Johan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah, manakala naib johan RM5,000, tempat ketiga RM3,000 dan sagu hati RM1,500.
Sementara itu, bagi kategori hafazan al-Quran 10 juzuk bahagian hafiz, Muhammad Jibril Mohd Hanafiah dari Pahang diumumkan sebagai pemenang diikuti Danish Farhan Abdul Razak dari Pulau Pinang ditempat kedua dan Muhammad Asyraf Amir dari Johor tempat ketiga.
Bagi bahagian hafizah, Fatimah Azzahra Mohd Shahrol dari Johor dinobatkan sebagai johan, diikuti Siti Nabilah Zamri dari Melaka di tempat kedua dan Nur Izzati Norazmi dari Wilayah Persekutuan tempat ketiga.
Johan membawa pulang wang RM5,000 dan piala iringan, manakala naib johan RM4,000, tempat ketiga RM2,000 serta sagu hati RM1,000.
Terdahulu Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam berkenan menyempurnakan Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah yang turut menyaksikan Johor muncul sebagai juara keseluruhan.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 Jun lepas dan berlangsung enam hari dengan penyertaan 110 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri, kesemua mereka turut diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Johan Qari Aiman Ridhwan Mohamad (kiri) bersama Johan Qariah Sofiyah Mousin (kanan) pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
MCMC rakam keterangan pemilik akaun muat naik mesej fitnah berkaitan Tilawah Al-Quran
MCMC telah mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan pengesanan terhadap mereka sedang giat dijalankan.
Normal baharu: Ujian Tilawah Al-Quran secara dalam talian
Kerajaan negeri mengharapkan lebih banyak penyertaan dalam kalangan anak muda sempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran negara - Mujahid
Mujahid berkata masyarakat yang bertamadun juga akan saling menyantuni antara satu sama lain.