KUALA LUMPUR: Penuntut Malaysia Pavit Coran muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara maya pada Jumaat lepas.
Pavit, 19, penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka yang mewakili English Speaking Union of Malaysia (ESUM) itu menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada finale, kata ESUM dalam kenyataan hari ini.
Dalam ucapan selama lima minit itu, anak muda berkenaan bercakap tentang peningkatan jumlah mereka yang mengalami kemurungan di seluruh dunia dan menggesa masyarakat serta kerajaan memberi perhatian terhadap isu tersebut.
Pavit yang mengesa tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah itu, berkata beliau "amat gembira, bersyukur dan berasa diberkati" kerana beliau tidak percaya dapat mengalahkan begitu ramai peserta dan muncul juara.
"Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet," katanya.
Pemuda itu menyifatkan keseluruhan proses sebagai menarik kerana beliau dapat bertemu ramai peserta dari negara berbeza tanpa perlu meninggalkan rumahnya serta mendengar pembentangan tema yang sama daripada peserta lain.
Ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi anugerah Pemidato Terbaik pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan pada 2011.
Pengerusi ESUM Tunku Dara Tan Sri Naquiah yang meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan Pavit, berkata "anak muda itu memang berhak menang dan kemenangannya adalah untuk Malaysia."
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021
Pavit berkata beliau "amat gembira, bersyukur dan berasa diberkati" kerana tidak percaya dapat mengalahkan begitu ramai peserta dan muncul juara. --fotoBERNAMA
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Kesihatan mental: MPPK mohon tempoh pembelajaran di IPT dipanjangkan
Syor kaji semula kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian susulan kebimbangan pelajar terhadap kesihatan mental mereka.
Penuntut dikhuatiri lemas di Sungai Perak selepas selamatkan adik
Lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan dihanyutkan arus deras selepas dipercayai menyelamatkan adiknya yang hampir lemas.
Penuntut Malaysia juara pertandingan pidato umum dunia
Pavit, penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka yang mewakili ESUM, menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada finale.
Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan
Mangsa A. Sharvin Ananth, 23, dan R.Goobi, 23, difahamkan ke air terjun itu bersama sembilan lagi rakan untuk beriadah.
COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.
Kes lemas tidur dalam kereta: Berhenti rehat sebab pening, tidak sihat
Dalam kejadian yang disedari jam 1.40 pagi itu, rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri, 21, turut meninggal dunia manakala dua lagi rakan mereka termasuk pemandu kereta itu kritikal.
KPT bincang solusi terbaik isu yuran pengajian IPT
Perkara itu kini dalam proses perbincangan untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu tersebut.
Seramai 2,362 penuntut IPT zon tengah pulang ke selatan tanah air
Seramai 2,362 penuntut dari tujuh universiti di zon tengah pulang serentak ke beberapa lokasi selatan dalam proses yang sekali lagi diuruskan oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Penuntut IPT didenda RM1,000 keluar rumah buat tugasan
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas penuntut lelaki berumur 20 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.
Graduan perlu miliki nilai kemanusiaan, tingkat kebolehpasaran - Maszlee
Globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 akan mengubah masa depan pekerjaan disebabkan banyak pekerjaan yang sedia ada tidak lagi akan wujud.