BAGAN DATUK: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Jabatan Perdana Menteri disaran bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu masyarakat India khususnya wanita mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebelum ini beliau telah menaik taraf Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) di bawah RISDA sebagai sebuah universiti kolej untuk wanita sahaja yang dikenali sebagai JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk, terutama wanita India yang mahu mencari pendapatan sampingan untuk membantu keluarga mereka.
"Saya harap Mitra dapat bekerjasama dengan Pengerusi RISDA untuk peserta daripada Bagan Datuk dan lain-lain kawasan di seluruh negara daripada masyarakat India, wanita India, untuk ada peluang bagi mengikuti kursus TVET ini di bawah kolej universiti JELITA supaya kemahiran mereka tidak terhad kepada pengeluaran makanan sahaja, tetapi kepada usaha menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai bidang.
"Saya menyatakan perkara ini kerana kursus TVET merupakan kursus jangka panjang yang boleh menjamin bukan sahaja usahawan, tetapi juga boleh memberikan pekerjaan kepada peserta-peserta TVET ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Queenpreneur Bakers di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang dekat sini semalam.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata beliau mencadangkan supaya kursus yang mendapat bantuan daripada Mitra termasuk program membuat bakeri semalam, diteruskan.
Beliau turut berkata Mitra juga perlu membantu memperluas pasaran terhadap produk keluaran usahawan wanita tempatan.
"Dengan adanya langkah-langkah untuk memasarkan, bukan bermaksud saya mencadangkan Mitra untuk memasarkan bahan itu atau produk itu, tetapi mencari distributors, termasuk restoran ataupun mana-mana hotel yang memerlukan produk sebegini.
"Saya lihat kualiti produk bakeri dan pastri dari wanita-wanita Bagan Datuk ini kualitinya cukup baik. Saya amat mengharapkan untuk mereka supaya ada beberapa latihan lagi dapat dibuat," katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Mitra Raveendran Nair ketika berucap berkata program bakeri dengan nama Queenprenuer Bakers itu adalah inisiatif Persatuan Kebajikan dan Sosial Masyarakat India Bagan Datuk yang mendapat tajaan Mitra melalui geran kewangan dengan objektif membantu wanita yang ingin menceburi bidang pembuatan kek, pastri dan biskut.
Beliau berkata 100 peserta telah menjalani latihan selama 12 hari, 96 jam dan telah tamat latihan dengan jayanya.
Terdahulu pada program berasingan, Ahmad Zahid hadir pada penyerahan jersi pasukan bola sepak daripada Bagan Datuk, Black Mamba FC kepada beliau, pada perlawanan Manjung Football League M5 2023 di Kompleks Sukan Bagan Datuk di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Ahmad Zahid (tengah) bergambar pada Majlis Penutup Program Queenpreneur Bakers di Dewan Sanmarka Sangam, Simpang Empat, Bagan Datuk, 10 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhirnya menemukan mayat yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
Bengang konsert batal saat akhir, netizen 'korek' keputusan percubaan SPM penganjur One Love Music
Warga maya terutamanya pembeli tiket meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penganjur, Tuff KL.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.
Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.
Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.
Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.
PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.