Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) perlu membincangkan kaedah pengagihan bantuan yang lebih berkesan bagi pekebun kecil getah supaya bantuan yang ada sampai kepada golongan sasar.
Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah) Kedah Mohd Taufik Yaacob berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.
" Ada pekebun kecil getah yang berdaftar iaitu pemilik kebun getah di Kedah, mereka tidak menoreh sendiri, mereka upah orang lain menoreh getah. Mereka bekerja tetap tetapi bantuan ini akan dapat kepada mereka...tidak kepada golongan sasar sebenar iaitu penoreh yang menghadapi hari hujan dan harga getah jatuh," katanya kepada Bernama.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah yang layak di bawah Risda dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada 2020 untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang menghadapi harga getah rendah.
Bagi Pengerusi Pergetak Tanah Merah, Kelantan Izani Zakaria, kerajaan perlu memperluaskan bantuan itu kepada penoreh getah bagi membolehkan golongan terbabit mengimbangi kehidupan dalam kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Katanya setidak-tidaknya kerajaan mengumumkan harga lantai getah RM3 ke atas bagi membantu penoreh getah menguruskan kewangan mereka dalam jangka masa panjang.
Izani berkata bantuan secara menyeluruh itu perlu dilakukan berikutan pendapatan golongan penoreh tidak menentu bagi menyara kehidupan harian.
"Peruntukan RM200 juta merupakan salah satu bantuan bagi membantu penoreh, namun ia bersifat sementara kepada penoreh yang mengalami situasi sukar akibat harga getah rendah. Harga barang terlalu mahal sedangkan harga komoditi getah rendah RM2.30 sekilogram... oleh itu bantuan jangka panjang perlu dilakukan oleh kerajaan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Abdul Hamid Bahari berkata tambahan RM50 bantuan sara hidup nelayan daripada RM200 kepada RM250 dapat menggembirakan hati kira-kira 40,000 nelayan seluruh negara.
Abdul Hamid berkata pengumuman itu menunjukkan usaha dan komitmen kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) menghargai perit jerih nelayan yang turun ke laut mencari rezeki sekali gus mengiktiraf kerja keras golongan berkenaan.
"Ini memberikan semangat dan galakan kepada golongan nelayan untuk turun ke laut. Meskipun naik RM50 sahaja tetapi ia cukup membuatkan nelayan rasa dihargai yang sedikit sebanyak boleh bantu meringankan beban kos sara hidup termasuk kos membeli pukat, tali dan sebagainya untuk mereka turun ke laut," katanya.
Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) Mat Yassin Mohamed berkata kenaikan elaun itu walau tidak banyak tetapi ia petanda positif di mana kerajaan mendengar suara mereka.
"Cukuplah, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada juga kenaikan RM50 elaun sara hidup berbanding tahun lepas," katanya.
Bagi Pengerusi Persatuan Nelayan Bachok, Kelantan Saripudin Ishak pula, penambahan itu sedikit sebanyak meringankan beban nelayan yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat, selain kebanyakan peralatan menangkap ikan naik berkali ganda berikutan kejatuhan ringgit Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran terutama Thailand.
"Ini juga disebabkan kebanyakan peralatan menangkap ikan seperti pukat, jaring dan enjin turut naik di pasaran Thailand," katanya yang turut mencadangkan supaya dihapuskan duti import terhadap barang-barang keperluan itu.
Satu lagi aspek membabitkan kepentingan golongan nelayan dan petani dalam Belanjawan 2020 adalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memperluaskan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri kepada 18 kumpulan termasuk nelayan dan petani.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 12 2019

Ada bantuan untuk golongan petani sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.