BATU PAHAT: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan peruntukan berjumlah RM74.46 juta bagi usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kebergantungan kepada hasil selain penanaman getah.
Pengerusi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.
Beliau berkata baki RM30 juta pula untuk Program Agromakanan, dan kedua-dua bantuan itu akan memberi manfaat kepada 13,489 ahli RISDA di seluruh negara.
"Bantuan ini diberikan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA berikutan ketidaktentuan pasaran komoditi getah dan penurunan produktivitinya," katanya ketika berucap pada majlis pekebun kecil makmur dan santunan kasih Ramadan RISDA negeri Johor 2023 di sini, pada Isnin.
Noraini berkata RISDA turut memperuntukkan RM63.75 juta untuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kali ini yang akan memberi manfaat kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.
Beliau berkata penerima BKKA adalah daripada kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun lepas dan ia disasarkan kepada pekebun kecil getah yang mempunyai kawasan kebun kurang daripada 2.5 hektar.
"Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima seperti yang telah didaftarkan dengan RISDA, manakala semakan bayaran boleh dibuat melalui laman sesawang bmt.risda.gov.my," katanya.
Beliau juga berkata melalui Yayasan RISDA, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut dilaksanakan dengan penyerahan sumbangan RM23,000 kepada tujuh masjid, dua pusat tahfiz, 20 pelajar tahfiz dan 30 golongan asnaf serta anak yatim.
"Bagi setiap masjid dan pusat tahfiz, masing-masing akan menerima sumbangan bernilai RM2,000 setiap satu manakala, bagi golongan asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz masing-masing akan menerima sumbangan tunai sebanyak RM100 seorang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

Bantuan ini diberikan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA berikutan ketidaktentuan pasaran komoditi getah dan penurunan produktivitinya. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.

RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.

Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.

Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.

11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.

Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.

PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.