REMBAU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 232,000 pekebun kecil di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2023.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif berkata pada tahun lepas, RISDA telah memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.
"Jumlah peningkatan itu bergantung kepada bajet kerajaan yang akan dibentangkan nanti, terserah berapa tapi saya harap ia melebihi yang kita terima pada tahun lepas untuk membantu meringankan beban pekebun kecil.
"Sekarang jumlah BMT kita beri ialah RM600 seorang yang dibayar dua kali pada November dan Disember, jadi kita minta naikkan. Kita juga sudah adakan pertemuan dengan pekebun kecil membincangkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis Pekebun Kecil Makmur dan Penyampaian Dividen Tanam Semula Komersial (TSK) RISDA peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi meminta harga getah sekerap dinaikkan kepada lebih RM3 sekilogram (kg) berbanding RM2.50 per kg ketika ini bagi meningkatkan pendapatan penoreh getah yang terjejas lebih-lebih lagi berdepan dengan cuaca tidak menentu ketika ini.
"Kita minta harga lantai ditingkatkan 50 sen yang akan membabitkan kos kira-kira RM500 juta, tetapi kita kena tengok juga kemampuan kewangan kalau tak boleh sekurang-kurang kerajaan boleh naikkan BMT," katanya.
Mohd Salim yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata pendapatan bulanan pekebun kecil ketika ini sekitar RM750, tidak mencukupi untuk menampung kehidupan dengan kos sara hidup semakin tinggi sekali gus menyebabkan sektor komoditi itu mengecil kerana tidak ramai berminat mengusahakannya.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini dilaporkan berkata kementerian sedang merangka dua syor untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu menaikkan harga lantai getah sekerap kepada lebih RM3 sekilogram dan melanjutkan tempoh BMT daripada tiga bulan kepada enam bulan.
Mahdzir berkata satu jawatankuasa kabinet telah diwujudkan melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Kewangan bagi memperhalusi dan mengenal pasti syor terbaik untuk dilaksanakan.
Terdahulu, seramai 1,343 pekebun kecil sawit RISDA di Negeri Sembilan menerima dividen TSK hasil keuntungan daripada projek kebun yang diuruskan RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB) membabitkan RM6.33 juta sejak Januari hingga Ogos tahun ini.
Mohd Salim berkata agensi itu turut menyerahkan Kelulusan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Pembangunan Usahawan Bimbingan RISDA Peringkat Negeri Sembilan bernilai RM 2.2 juta yang memberi manfaat kepada 388 usahawan di negeri itu.
--BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.

RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.

Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.

Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.

11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.

Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.

PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.