Dua menara telekomunikasi baharu akan dibina di Risda Changkat Sulaiman dan Risda Changkat Serunai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan jaringan di kawasan tersebut.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
"Ada tambahan lima lagi menara baharu yang memberikan perkhidmatan 4G sedang dirancang dan 25 alat pemancar di menara sedia ada akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan 4G.
"Bagi Felda Besout pula, sebuah alat pemancar sedia ada telah pun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G pada suku pertama tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Media sempena PRK DUN Slim, di sini.
Mengulas lanjut Saifuddin berkata, terdapat tujuh Pusat Internet yang dibina oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di bawah peruntukan Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di kawasan DUN Slim.
Katanya, daripada jumlah tersebut lima beroperasi di Felda Besout 1 hingga 5, manakala dua masing-masing di Trolak Utara dan Trolak Selatan.
"Kita galakkan orang ramai menggunakan pusat-pusat internet yang sedia ada ini dapat digunakan untuk e-dagang dan saya yakin penduduk tempatan di sini mampu menggunakan kandungan-kandungan yang disediakan.
"Di pusat-pusat internet itu memang sudah tersedia kandungan-kandungan berkaitan e-dagang termasuk Job Street dan sebagainya," katanya.
Jelas beliau lagi, pihaknya sedar terdapat keperluan untuk menaiktaraf perkhidmatan telekomunikasi di beberapa tempat di DUN Slim terutamanya di kawasan pedalaman.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 19 2020

SAIFUDDIN: Ada tambahan lima lagi menara baharu yang memberikan perkhidmatan 4G sedang dirancang dan 25 alat pemancar di menara sedia ada akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan 4G. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

ECRL Malaysia yang pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Rangkaian komunikasi itu akan membantu meningkatkan tahap keselamatan serta membolehkan komunikasi dan isyarat lebih pantas.

Lawrence Wong dipilih ketuai pasukan 4G, buka laluan sebagai bakal PM Singapura
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan para menteri republik itu memilih Menteri Kewangan semasa Lawrence Wong sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) yang baharu.

SKMM jangka tutup rangkaian 3G sepenuhnya bulan depan
Perkhidmatan liputan 4G di negara ini akan ditambah baik dalam memastikan mutu perkhidmatan rangkaian itu mampu memuaskan hati pelanggan.

Lima menara baharu dibina di Sabah, wujudkan rangkaian liputan lebih pantas
226 stesen pemancar sedia ada dinaik taraf kepada teknologi 4G dan 399 stesen pemancar sedang dinaik taraf secara berperingkat di Sabah.

Celcom, ZTE optimumkan 100 tapak rangkaian di Sabah & Sarawak sebagai persediaan 4G
Penggunaan L900 dikenalpasti dapat menyelesaikan penambahbaikan 4G dengan segera.

Rangkaian 4G untuk semua kawasan Felda dalam masa terdekat - Annuar
Kesemua 317 kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara akan diberikan keutamaan dalam mewujudkan kesalinghubungan rangkaian 4G dalam masa terdekat.

Maxis lancar kempen dan promosi pacu naik taraf 4G
Maxis Bhd telah melancarkan kempen "Balas Budi dengan 4G" yang bertujuan untuk menyokong dan membantu pelanggan dalam membuat peralihan kepada rangkaian 4G.

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC
Perkembangan memberangsangkan ini susulan inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Yoodo tawar pelan data internet 80GB sebulan serendah RM5
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 telah menunjukkan penggunaan internet harian meningkat dengan ketara.